Konco-konco ku

Friday, June 29, 2012

PELIK!! KENAPA WAN AZIZAH BERSUNGGUH-SUNGGUH MEMBELA FAEKAH??

Pelik bila JB mengikuti perkembangan semasa isu berkenaan penyalahgunaan kuasa oleh Faekah Husin yang dilihat semakin menarik untuk dibincangkan. Rentetan peristiwa tentang penentangan ahli PKR Selangor terhadap Faekah yang diketuai oleh Azmin Ali menjadi titik permulaan pergolakan dalam parti haprak ini.

Penggunaan kepala surat dengan sewenang-wenangnya oleh Faekah terhadap syarikat kroni yang beliau sendiri pilih telah menjadikan isu ini lebih besar dari penukaran status padang PKNS di Kelana Jaya. Bermula sejak isu ini timbul juga lah maka secara tiba-tiba CEO Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor telah meletakkan jawatan. Kononnya Rafizi Ramli ingin menumpukan perhatian kepada politik setelah diumumkan kepada warga Pandan yang beliau adalah calon yang akan bertanding.

Maka sejak itu jugalah muncul beberapa orang yang ingin menjadi hero untuk menyelamatkan Faekah dari terus dibuang dari kerajaan Selangor. Yang pertama mempertahankan Faekah semestinya MB Selangor sendiri, Khalid Gagap, yang tidak mahu Faekah tinggalkan beliau seorang diri dalam mentadbir Selangor. Yang kedua adalah Setiausaha Pro-Rakyat yang bertegas mempertahankan Faekah hingga diberi amaran dipecat dari ahli PKR. Dan yang terkini adalah Wan Azizah yang berkata ada isu lebih besar seperti NFC yang perlu diberi perhatian daripada kes penyelewengan Faekah.

Dikatanya jangan masuk campur urusan parti, kerana ini adalah masalah parti dan penggunaan kepala surat kerajaan negeri Selangor adalah hal parti yang tidak perlu dicampuri oleh pihak luar. Apa ingat Selangor ni PKR punya ke sampai orang lain sebagai rakyat Selangor yang prihatin tidak boleh ambil tahu langsung tentang pentadbiran Selangor?

Fikirkan lah wahai rakyat Selangor. Adakah kita hidup di Selangor sebagai rakyat atau sebagai hamba yang tidak boleh bersuara jika nampak kekhilafan yang terjadi depan mata. Celikkan mata, bukakan hati.

No comments:

Post a Comment

comment please.....