Amat mudah untuk melafazkan janji, namun amat payak untuk melaksanakannya. Itulah perumpamaan yang sesuai untuk digambarkan kepada pentadbiran kerajaan pakatan pembangkang di Selangor hari ini, walaupun sudah berada di hujung penggal PRU12, namun segala janji yang dibuat pada PRU yang lalu, janji hanya hanya tinggal janji, ujar Ketua Pemuda UMNO Hulu Selangor, Mahmud Karim.
Itulah yang berlaku kepada rakyat Selangor hari ini di bawah pentadbiran Pakatan Pembangkang yang kini terpaksa menjadi pengemis pula untuk menagih janji kerajaan yang dipilih oleh sebahagian dari mereka. Segala janji-janji yang ditabur pada pilihanraya sebelum ini adalah pembohongan dan omong-omong kosong semata-mata.
“Sehingga ke hari ini, saya tidak nampak kerajaan Selangor yang diterajui oleh PKR melaksanakan segala janji-janji mereka ketika PRU yang lepas. Ini dah masuk empat tahun mereka memerintah, namun tidak ada sebarang pembaharuan yang dilakukan oleh mereka.
“Sebab itu saya katakan mereka ini berbohong. Mereka sanggup berbohong kepada rakyat di Selangor, semata-mata untuk yakinkan rakyat demi kuasa politik mereka. Selepas itu, mereka buruk-burukkan UMNO dan BN untuk hasut rakyat agar bencikan kerajaan, sedangkan pentadbiran mereka lebih teruk dan buruk berbanding kerajaan BN.
“Sekiranya BN memegang Selangor hari ini, sudah tentu rakyat di Selangor akan menikmati lebih kemudahan baik dari segala sudut, kerana BN sememangnya memegang kuasa untuk berkhidmat kepada rakyat dan bukan seperti mereka, hanya tahu berpolitik sepanjang masa,” ujarnya dalam pertemuan dengan pengundi-pengundi muda bersama kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian di Kampung Hulu Rening, Batang Kali baru-baru ini.
Sehubungan dengan itu, beliau berharap agar rakyat di Selangor hari ini, terutama golongan muda membuka mata dan melihat sendiri bagaimana sikap dan kepimpinan Pakatan Pembangkang yang hanya tahu melontarkan janji biarpun tahu, mereka tidak mampu untuk melaksanakan janji-janji tersebut.
“Kerajaan Selangor hari ini tidak berpijak di bumi yang nyata. Mereka menabur janji semata-mata untuk menang pilihanraya. Tidak seperti UMNO dan BN, yang akan berjanji kepada rakyat hanya terhadap perkara yang mampu dilakukan saja.
“Jika kita tidak mampu lakukan, maka kita akan berterus terang. Kita tidak membohongi rakyat semata-mata untuk mendapat kuasa pemerintahan,tetapi BN adalah sebuah gabungan parti-parti yang ditunjangi UMNO yang benar-benar mahu membina negara ini ke arah yang lebih baik untuk semua kaum,” ujarnya lagi.
Kilang gula ditepi bibir.
ReplyDelete