Konco-konco ku

Thursday, June 14, 2012

PANAS!! FAEKAH DIPECAT KERANA AZMIN??!!! PKR SELANGOR HANCUR!!

Perbalahan dalam PKR Selangor sebelum ini yang menyebabkan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dilucutkan jawatan sebagai ketua PKR Selangor pada 2010, nampaknya kembali berulang malah lebih teruk.

Sebelum ini PKR Selangor mensasarkan menteri besar Selangor Khalid Ibrahim kerana tidak menganugerahkan projek kepada orang-orang PKR tetapi kini sasaran mereka ialah ke atas setiausaha politik menteri besar, Faekah Husin kerana faktor yang sama.

Perselisihan faham yang agak kronik bermula apabila Fekah dan Khalid Ibrahim mahu mengadakan tender projek secara terbuka kepada semua projek tetapi pemimpin PKR mahukan projek diberi secara rundingan terus kepada kroni mereka.

Azmin yang kini ketua PKR Selangor, minggu lalu menerbitkan semula satu tulisan diTwitter yang menggesa Faekah "dipecat".

Tindakannya itu mencetus spekulasi sama ada satu lagi perbalahan akan berlaku di dalam parti tersebut di Selangor.

Faekah yang tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti semenjak dilantik sebagai setiausaha politik meteri besar pada Jun 2010, dikatakan berdepan dengan tindakan pemecatan akibat tekanan daripada parti.

Sumber memberitahu perbalahan berlaku adalah kerana perebutan projek mega yang terdapat dalam negeri Selangor.

Kredit : Sungai Rapat Online

2 comments:

  1. pecat jelah. apa nk pikir2 lagi. lepas ni boleh la tumpukan perhatian untuk membina keluarga pulak. awak tu dh dimakan umur, esok tak sempat merasa syoknya ada laki. apa barang jd penyedap anjing2 politik je. maruah kan masih ada walaupun tinggal sikit.

    ReplyDelete
  2. usinJune 14, 2012 10:51 AM <- aku setuju!!!!!

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...