KENYATAAN yang dibuat Datuk Zulkifli Nordin di atas itu bukan kenyataan baru, ia pertama kali di bangkitkan dalam persidangan Dewan Rakyat pada Mac 2010 setelah beliau dipecat dari PKR tidak berapa lama sebelum itu. Tapi bila kenyataan sama diulang semula semalam, secara terbuka dalam TV, ia mengejutkan ramai orang, terutama kalangan pensimpati pembangkang yang tidak terdedah dengan maklumat seumpama itu sebelum ini.
Orang pembangkang penulis tahu, trauma tengok TV, lebih lagi TV3. Tapi yang dianjur untuk diboikot itu setahu penulis Buletin Utama sahaja, rancangan Soal Jawab semalam tidak termasuk dalam senarai kot.
Ini pun satu hal juga, dalam pada bercakap tentang kebebasan bersuara, boleh pulak boikot-boikot media tertentu. Kebebasan suara apa macam ini?
Tapi tidak mengapalah, penulis tinggalkan soal itu untuk perbincangan di lain masa. Yang penting sekarang ialah, apa akibatnya kalau tuduhan Zul Nordin itu benar, yang dia diarah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mereka-reka cerita mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam soal pembunuhan Altantunya? Termasuk menyediakan Akuan Bersumpah (statutory declaration) palsu untuk mengaitkan Najib?
Ini perkara serius. Anwar bukan calang-calang orang, pernah diangkat sebagai pemimpin anugerah tuhan (oleh isterinya sendiri), dipandang tinggi sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia in the making, cakapnya, gayanya menjadi ikutan ramai anak muda dan anak tua. Malah kalau diikut-ikutkan Anwar adalah segala-galanya bagi sebahagian orang sehingga sanggup membuang ibu dan adik beradik sendiri.
Semasa demo Bersih itu hari, penulis lihat sendiri begitu ramai yang bangga, cukup dengan berdiri di sebelah bayang-bayang Anwar saja pun.
Penulis sendiri bangga dengan Anwar, terutama sejak melihat video seks yang didakwa melibatkannya – tak sangka rupanya ada orang Melayu yang punya ‘size’ seperti dia, ingat Mat Salleh saja. Kebanggaan menjadi Melayu, bertambah kuat setelah menonton video itu.
Ini sekadar nak menunjukkan betapa hebatnya Anwar.
Tapi siapa sangka, di antara semua yang hebat dan ‘baik-baik’ itu, rupanya Anwar juga tidak banyak beza dengan apa yang dia sering tuduh kepada musuh politiknya - guna politik kotor untuk jatuhkan imej pemimpin tertentu. Yang dedah bukan orang lain, tapi bekas peguam dia sendiri. Setakat orang lain yang hanya mampu lihat Anwar dari jauh tapi pertahan Anwar mengalahkan pernah tidur sekatil, toksah mimpi nak disamakan dengan Zul Nordin yang susah senang bersama Anwar waima semasa Anwar bergelar banduan!!
Sudah tentu cakap Zul Nordin ada merit dan sebab yang kuat untuk dipercayai. Kalau ini salah, apa yang diungkapkan oleh Zul Nordin itu salah, macam biasalah – saman.
Tapi kalau tanya penulis, memang dari mula pun tak percaya Najib terlibat dalam pembunuhan Altantunya ini. Apa bukti yang ada, melainkan akuan bersumpah yang diketahui sekarang hanyalah rekaan semata-mata. Apa yang hebat pasal Akuan Bersumpah? Ramai tak tahu bahawa Akuan Bersumpah ini adalah adaptasi Sumpah Muhabalah dalam Islam. Dinamakan Akuan Bersumpah supaya ia boleh dimasukkan dalam sistem perundangan sivil negara ini, kalau Sumpah Muhabalah hanya terpakai di kalangan orang Islam sahaja.
Jangan kita lupa, Anwar tolak amalan Sumpah Muhabalah ini tapi dia nak pengikutnya percaya Akuan Bersumpah yang sebenarnya versi yang lebih kurang sama, sumpah juga.
Sudah tentu tuduhan terlibat dalam pembunuhan bukan calang-calang tuduhan, kalau tidak, Raja Petra Kamarudin (RPK) tidak akan lari ke luar negara setelah Najib mengemukakan saman terhadapnya. Kita perlu lebih dari Akuan Bersumpah yang boleh direka dan dicipta untuk meyakinkan diri kita bahawa orang yang dituduh itu benar-benar terlibat.
Sebab itu akibat dari dakwaan Zul Nordinini besar. Bukan sedikit orang yang dah termakan pembohongan Anwar bahawa Najib terlibat dalam membunuh Altantunya. Apa nak jadi dengan orang-orang ini kalau mati sebelum sempat minta maaf dengan Najib sebab tersilap percayakan Anwar dalam soal pembunuhan ini? Siapa nak tanggung dosa semua tu?
Ada yang jenis orang ini yang penulis kenal, bergelar pak Haji tau. Jangan silap saja penulis sebut pasal Anwar depan dia, cepat-cepat dia mintak 4 saksi, walaupun apa yang penulis sebut itu tidak ada kena mengena dengan hukum hudud dimana soal penyediaan 4 saksi ini adalah satu kewajiban.
Tapi bila sebut pasal silap Najib, terlupa dia soal 4 saksi, laju saja dia mengangguk, tak sempat penulis habis cakap pun – penulis cakap tentang Najib bin Yusof (jiran kampung), bukan Najib Razak.
No comments:
Post a Comment
comment please.....