Konco-konco ku

Thursday, June 14, 2012

PAS IS DEAD!! ZAHID SURUH TANGGUNG SENDIRI RISIKO TOLAK PERGI HAJI!!!


BAGAN DATOH - "Tanggunglah risiko jika terpaksa menunggu lama selepas ini." Itu peringatan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada jemaah haji yang menolak tawaran ke Makkah semata-mata kerana mahu  mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Zahid berkata, jemaah haji tahun ini yang menolak tawaran ada kemungkinan tidak akan mendapat tawaran untuk menunaikan haji semula pada tahun hadapan kerana kuota   haji telah ditetapkan setiap tahun dan mereka yang menolak perlu menunggu giliran seterusnya.

Dalam keadaan itu, katanya, jika terpaksa menunggu lama, mereka tidak boleh menyalahkan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) mahupun kerajaan kerana apa yang berlaku adalah kehendak mereka sendiri.

“Individu yang mendaftar tahun ini akan mengerjakan haji pada 2030. Yang mendapat tawaran tahun ini tetapi menolak jangan anggap mereka boleh pergi pada tahun hadapan," katanya.

"Peringatan saya, jangan utamakan politik untuk ketepikan agama dan jangan bercakap soal hukum sahaja dengan mengatakan haji boleh ditangguhkan jika dalam keadaan darurat,” katanya.

Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilaporkan sebuah akhbar kelmarin meminta penyokong parti itu supaya menangguhkan haji tahun ini supaya  ereka tidak ketinggalan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang dijangka akan serentak dengan musim haji.

Zahid turut membidas tindakan pembangkang yang mengaitkan situasi politik dan pilihan raya sebagai darurat sehingga sanggup menangguhkan fardu haji.

"Pembangkanglah yang semakin darurat dari segi politik kerana takut hilang undi dan sanggup menyarankan ahli mereka menangguhkan haji.

"Lihatlah dan rujuklah kepada al-Quran,  hadis termasuk alim ulama dalam perkara sebegini. Berikanlah keutamaan dalam hal-hal agama.

“Politik itu adalah sandaran kuatkan agama dan bukan menggunakan agama untuk kuatkan politik,” katanya.

1 comment:

  1. hehehe...kalau benda ni buat tiap2 tahun kan bagusss, org umno tak luak pun kalu pigi haji. so kuota haji bagi je kat org umno/bn plus atas pagar bagi genap 28000...org PUSSy cari le jalan lain samada nak naik scorpene or tumpang roket DAP kalu berangan tunai haji, or better push their date to 2050 or thereafter...kikiki

    anti tok-guru kepala toncet aka kue pau lemau

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...