Konco-konco ku

Wednesday, June 20, 2012

PRU-13 BULAN SEPTEMBER!! PAKATAN TERUS BERTEKA-TEKI UNTUK TARIKH PRU-13!!


Tarikh PRU-13 begitu sinonim dengan keadaan semasa saat ini yang mana dilihat pihak pakatan terlalu mengambil sikap ingin tahu bila mereka boleh membuang undi untuk merampas Putrajaya dari kerajaan Barisan Nasional pimpinan DS Najib Tun Razak.

Satu ketika dahulu ura-ura mengatakan yang DS Najib ingin menetapkan tarikh PRU pada bulan Haji yang bermakna kebanyakan rakyat Malaysia ke Mekah untuk menunaikan haji sedangkan sebenarnya khabar angin itu hanyalah retorik untuk pakatan. Kita dapat lihat begitu risaunya pihak pembangkang dalam penentuan tarikh pilihanraya. Hingga ada yang sanggup mengeluarkan arahan kepada ahli partinya sendiri supaya menangguhkan haji masing-masing semata mahukan undi mereka agar Pakatan akan dapat menawan Putrajaya dan seterusnya memerintah Malaysia selepas PRU-13.

Semalam pula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan kepada media bahawa rakyat Malaysia yang cukup umur boleh mendaftar lagi sebagai pemilih dan layak untuk mengundi jika PRU-13 diadakan selepas bulan Ogos. Rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar sebagai pengundi diberi peluang untuk berbuat demikian sehingga akhir bulan Jun ini. 

Teka-teki yang dicipta oleh DS Najib ini begitu membimbangkan akar umbi yang bekerja hampir setiap masa demi untuk mempertahankan kerajaan sedia ada. Waima pihak pakatan telah pun lama berkempen sejak dari 2009 lagi namun hanya berkempen dan berceramah tanpa ada sebarang gerak kerja untuk membangunkan negeri-negeri yang telah mereka kuasai. 

Adakah PRU pada bulan September sebelum pembentangan bajet 2013? Ataupun DS Najib mahu adakan PRU pada bulan Mac 2013 seperti yang kerap dicanang oleh pihak pakatan? Dan kemungkinan besar bulan April yang mana Parlimen akan terbubar dengan sendiri dan kerajaan sementara terpaksa diwujudkan untuk pentadbiran Malaysia dalam masa minggu berkempen. Sama-sama kita nantikan.

No comments:

Post a Comment

comment please.....