Konco-konco ku

Friday, June 8, 2012

ISU PTPTN: KHALID PUNYA ALASAN KUKUH UNTUK JUAL ASET SELANGOR!!

Oleh kerana PTPTN tidak memberi pinjaman kepada pelajar baru di UNISEL dan KUIS, maka Khalid punyai alasan paling bodoh dalam dunia dengan mendakwa akan menjual aset Selangor untuk menanggung kos pembelajaran pelajar di pusat pengajian tinggi milik kerajaan negeri Selangor.

Syukur kerana pihak PTPTN telah menarik balik sekatan itu dan para pelajar boleh mula membuat permohonan untuk PTPTN. Situasi berbahaya ini JB lihat sebagai langkah paling bodoh yang boleh difikirkan oleh kerajaan Selangor. Dengan pendapatan bersih yang tinggi antara semua negeri kenapa perlu Khalid nak jual aset Selangor semata-mata untuk menanggung perbelanjaan para pelajar. Mana duit kerjaan Selangor yang lain?

Selangor mempunyai satu syarikat di bawah Menteri Besar Incorporated (MBI) yang mana dipertanggungjawabkan untuk mengurusselia segala urusan penjualan hartanah dan aset kerajaan negeri kepada para pelabur luar yang berminat ingin melabur di Selangor. Menurut maklumat yang diterima, kebanyakan hartanah yang dijual adalah kepada warga Singapura dan China yang kebanyakannya adalah dari bangsa DAP yang kurang ajar. Khalid hanya sebagai Puppet yang menguruskan negeri berdasarkan kepada arahan dan perintah pemimpin DAP pusat. Ini fakta.

Dengan menggunakan alasan PTPTN tidak membiayai pelajar di pusat pengajian milik penuh kerajaan negeri maka rakyat Selangor mungkin berhadapan dengan bala yang cukup besar akibat kerakusan golongan penyeleweng ini. Selamatkan Selangor sebelum terlambat. Ubah PRU13 untuk Selangor!

No comments:

Post a Comment

comment please.....