Konco-konco ku

Sunday, June 17, 2012

PANAS!! NIZAR HANYALAH BADUT BODOH DALAM PAS!!


Peluang Pas dan parti-parti komponen lain dalam Pakatan Rakyat (PR) tidak sesekali terjejas walaupun pembangkang dihimpit isu kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung bidaan nombor pendaftaran WWW 1.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, rakyat Johor mampu membuat keputusan berdasarkan kematangan masing-masing dalam politik sekali gus faham  mengenai isu yang dibangkitkan.

“Saya tidak rasa sama sekali peluang Pas termasuklah PR di negeri ini terjejas kerana rakyat Johor sudah dapat untuk membuat sesuatu keputusan berdasarkan  kematangan mereka dalam berpolitik. Isu seperti ini tidak menjejaskan kita kerana rakyat boleh faham tentang isu dibangkitkan.

“Mengenai penentangan terhadap Raja-raja Melayu, saya rasa Umno mempunyai sejarah yang begitu panjang. Mengenai kebiadapan dan keterlanjuran mereka menghina Raja-raja Melayu. Rakyat boleh faham dan ada maklumat mengenai hal ini.

“Jadi saya rasa ia tidak akan memberikan apa-apa kesan terhadap peluang PR dalam Johor kerana kita tidak langsung menyentuh isu yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutusan dan undang-undang negeri sekali gus Pas menghormati prinsip raja berpelembagaan,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke tapak projek perumahan Taman Desa Kempas di sini, semalam.

Mengulas lanjut mengenai surat memohon perkenan menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar oleh Nizar bagi menjernihkan kekalutan yang berlaku, Salahuddin yang akan bertanding kerusi di Johor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menyerahkan segalanya kepada pertemuan yang bakal berlaku jika diberikan perkenan oleh baginda.

“Saya serahkan perkara ini kepada beliau (Nizar). Permohonan sudah dibuat, jadi kita tunggulah dulu. Dari segi adab sebagai rakyat, Nizar sudah penuhi dengan memohon menghadap Tuanku.

“Mengenai tindakan yang bakal dikenakan kepada beliau oleh pucuk pimpinan parti pula, kita lihat sama ada beliau berjaya menghadap Tuanku Sultan Johor atau tidak. Selepas itu, kita lihat perkembangan seterusnya,” katanya.

Kelmarin, Nizar menghantar surat memohon perkenan menghadap Sultan Johor, bagi mengzahir permohonan maaf berhubung kenyataan beliau menyentuh pembidaan  nombor pendaftaran WWW 1. 

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...