Konco-konco ku

Friday, June 22, 2012

ANALISA POLITIK SELANGOR: DUN SELANGOR BUBAR TERLEBIH DAHULU SEBELUM BUBAR PARLIMEN!!

Analisa politik semasa yang dicanang sejak kebelakangan ini begitu meruncing terutama di Selangor yang mana dapat dilihat perbalahan dalaman parti sendiri iaitu PKR tentang perebutan kuasa dan harta Selangor. Tidak perlu lagi berteka-teki tentang siapa yang bermusuh dengan siapa di dalam pentadbiran pakatan Selangor. Semuanya telah jelas kelihatan.

Jika adegan perbalahan antara dua kem ini iaitu Khalid dan Azmin tidak dapat diselesaikan menjelang akhir tahun ini, maka tidak salah jika andaian dari para penganalisa politik semasa bahawa Selangor akan dibubarkan DUN dahulu sebelum Parlimen. Memandangkan Perdana Menteri masih berteka-teka dengan tarikh pilihanraya, tidak keterlaluan jika kita boleh mengandaikan yang Selangor patut mengadakan pilihanraya dahulu bagi menstabilkan politik negeri yang semakin lama semakin kencang bergolak.

Dengan desakan dari kem Azmin yang mendesak orang kanan Ketua Umum PKR dan orang kanan Menteri Besar Selangor dipecat dan dibuang dari pentadbiran negeri Selangor. Cukup lah berlakon untuk 4 tahun pemerintahan ini. Tahi yang ditutup akan terkeluar juga baunya jika lama disimpan.

Baru-baru ini kita lihat Rafizi Ramli yang telah diumumkan sebagai calon Pandan meletakkan jawatan CEO di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor rentetan desakan dari orang dalam parti sendiri. Selepas Rafizi, Faekah pula menjadi mangsa ketaksuban kuasa Azmin dengan desakan demi desakan supaya beliau turut mengikut jejak Rafizi meninggalkan Bangunan SUK Negeri Selangor di Shah Alam. Bukan sekadar desakan yang diterima, Azmin juga telah mewujudkan hetchtag #PecatFaekah dan #KamiSygPKR untuk memberikan peringatan kepada Faekah sebagai Setiausaha Politik Kanan Khalid Ibrahim supaya segera berundur sebelum tindakan drastik yang lebih dahsyat bakal diterima.

PKR Selangor sekarang sudah bertelagah sesama sendiri. Dan untuk menjadikan pentadbiran Selangor ini lebih bersifat komprehensif dengan bisik-bisik dari rakyat akar umbi dan ahli PKR Selangor sendiri, Kerajaan Selangor harus membuat satu mesyuarat tergempar bagi undi tidak percaya kepada Menteri Besar dan seterusnya pilihanraya DUN Selangor wajar dilakukan sebelum PRU-13 yang akan datang. 

Lagipun keyakinan rakyat Selangor terhadap kepimpinan Khalid Ibrahim yang nampak lemah dan lesu semakin menurun semenjak Pengerusi PKR Selangor telah diserahkan kepada Azmin sebagai syarat ganti tidak menyingkirkan Faekah Hussin. Apa guna menjadi Menteri Besar Selangor jika jawatan politik dalam parti sendiri tidak disandang. Segala keputusan parti yang berkenaan dengan Selangor perlu mendapat kata putus dari Azmin dan Anwar. Bagi memperlihatkan lagi kelemahan pentadbiran Selangor, isu berbangkit yang tidak pernah selesai seperti air, sampah, pasir, dan agama tidak dapat diselesaikan dan tidak ada keputusan hakiki dari Menteri Besar Selangor.

Jadi memang benarlah yang pentadbiran Selangor di bawah Khalid Ibrahim sekarang dalam masalah yang maha dahsyat. Bukan sahaja masalah luar yang melibatkan rakyat Selangor, tapi juga masalah dalam parti sendiri yang semakin dilihat meminggirkan Menteri Besar Selangor ini dari inner circle Anwar Ibrahim. Dan boleh disahkan juga yang sebenarnya Khalid Ibrahim hanyalah sebagai badut atau kuda tunggangan pemimpin pakatan yang hanya memikirkan tentang kuasa dan harta.

Sumber: Kamarul Nizam 
(Ahli Pemikir Majlis Anti-Pakatan Selangor)

No comments:

Post a Comment

comment please.....