Konco-konco ku

Wednesday, May 9, 2012

KHALID GAGAP AHLI UMNO YANG BERDAFTAR??


Parti Keadilan Rakyat (PKR) dicabar agar mendesak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor dan keahliannya daripada parti itu kerana masih berstatus ahli UMNO.

Setiausaha Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) Selangor, Mohd. Faizal Mohd. Salleh berkata, berdasarkan sebuah laman blog, sahabat-gunung.com, Abdul Khalid yang bernombor kad pengenalan 461214-10-5273 adalah ahli UMNO yang memegang nombor keahlian 01791393 bagi cawangan Pasir Tuntong yang terletak di bawah UMNO Bahagian Kuala Selangor.

‘‘Justeru, kita cabar PKR supaya mendesak Abdul Khalid meletak jawatannya termasuk keahlian dalam parti pembangkang itu.

‘‘Jika sebelum ini PKR mendesak Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletak jawatan atas tuduhan kononnya mereka ahli UMNO, kenapa mereka tidak mempersoalkan kedudukan Abdul Khalid dengan parti pemerintah itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, pihaknya kesal dengan sikap pemimpin pembangkang yang dikatakan sering menyebarkan fitnah khususnya kepada generasi muda untuk mencapai agenda politik mereka.

Katanya, tidak cukup dengan dakyah yang cuba diserap dalam perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini, pembangkang juga turut melakukan serangan terhadap SPR yang mengaitkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar dengan UMNO.

‘‘Apa yang mereka (pembangkang) lakukan itu adalah sangat tidak bertanggungjawab. Kita lihatlah hari ini bagaimana Bersih 3.0 dicemari dengan insiden keganasan yang telah menyusahkan pelbagai pihak.

‘‘Begitu juga dengan tuduhan mereka kononnya Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR adalah ahli UMNO sebenarnya terbukti adalah fitnah semata-mata," jelasnya.

Ini kerana berdasarkan laporan media, tuduhan mereka terhadap Abdul Aziz dan Wan Ahmad itu disahkan tidak benar sama sekali.-Utusan

2 comments:

comment please.....