Konco-konco ku

Monday, May 7, 2012

5 PELACUR ASING DISOROK DAN DIPAKSA MELACUR!!


KUALA LUMPUR - Polis menahan lima wanita warga asing yang mendakwa dipaksa menjadi pelacur dalam satu serbuan di sebuah  hotel lima tingkat di Sri Damansara malam tadi.

Mereka yang ditahan membabitkan tiga wanita warga Vietnam dan masing-masing seorang wanita warga China dan Thailand yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 39 tahun.

Ketua Operasi Bahagian Kongsi Gelap Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman DSP Nor Omar Saffi berkata ketika serbuan pada kira-kira 7.15 malam itu berdasarkan maklumat orang awam, polis menemui mereka yang disorokkan di dalam sebuah bilik.

"Kesemua mereka didapati mempunyai pasport dan telah lama menetap antara dua bulan hingga dua tahun di negara ini," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata bagi mengaburi pandangan pihak berkuasa, bilik itu ditutupi dengan alat penyidai tuala dan hanya pelanggan tetap sahaja yang boleh memasuki bilik khas itu melalui lif dan menekan loceng kecemasan sebanyak tiga kali untuk mendapatkan khidmat seks.

"Mereka mengenakan bayaran RM170 bagi perkhidmatan seks itu," katanya dan turut menambah polis juga menahan seorang  lelaki tempatan berumur 40 tahun dan seorang wanita warganegara China dipercayai pekerja hotel tersebut.

Beliau berkata kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya bagi membantu siasatan. -- Bernama

No comments:

Post a Comment

comment please.....