Konco-konco ku

Thursday, April 5, 2012

SEWA MAJLIS BELIA SELANGOR WAJAR DI NAIKKAN HINGGA RM10,000 SEBULAN.

Isu kenaikan harga sewa pejabat Majlis Belia Selangor di atas bangunan sendiri yang kini telah ditadbir dan diuruskan oleh MBI di bawah bidang kuasa Pejabat Menteri Besar Selangor, Khalid Gagap terus mendapat perhatian umum. 

Semalam Menteri Besar Drakulat, Khalid Gagap menyatakan yang Kerajaan Negeri Selangor wajar menaikkan sewa kepada 300% malah boleh lebih dari itu jika Kerajaan pakatan ini mahu naikkan. Kenyataan kurang sensitif Menteri Besar Drakulat ini mendapat reaksi dari pelbagai pihak khususnya dari Barisan Nasional Selangor melalui Timbalan Pengerusi BN Selangor, DS Noh Omar. Kerajaan Selangor cekik darah terhadap pertubuhan NGO Belia.

Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor tertubuh atas inisiatif Dato' Menteri Besar Dr. Khir Toyo yang melihat keperluan badan NGO ini pejabat dalam merancakkan lagi aktiviti belia dan kebudayaan di Selangor. Justeru, sebelum Selangor dijajah oleh pakatan haram, NGO yang berpangkalan di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, Seksyen 7 tidak pernah membayar sejumlah sewa pun kepada kerajaan terdahulu. Ini adalah atas ikhsan kerajaan BN akan pentingnya Belia mempunyai pejabat sendiri supaya segala program belia dapat diatur dengan lebih tersusun.

Jadi, apa rasionalnya kerajaan drakulat Khalid gagap menaikkan sewa kepada MBS? Umum mengetahui yang badan NGO ini tidak mempunyai sumber pendapat yang tetap dan mereka bukanlah sebuah badan 'profit orientation'. MBS adalah satu badan sukarela yang bertindak membantu golongan belia di Selangor.

Oleh kerana MBS adalah badan yang diwujudkan oleh kerajaan terdahulu, maka kerajaan Selangor telah mewujudkan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) yang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan aktiviti belia Selangor. Jadi MBS hanyalah sebagai patung yang tidak bernyawa kerana ia telah diabaikan oleh MB sendiri. Segala peruntukan untuk mengadakan program dan aktiviti belia tidak pernah sampai ke MBS. Sebagai pengganti, PeBT telah mengambil peranan MBS untuk menjadi penggerak belia di Selangor.

Jadi perlu ke Khalid Gagap nak salahkan MBS? Perlu ke Selangor naikkan sewa pejabat MBS di tingkat lima Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor jika kerajaan Selangor sendiri tidak memberi sebarang peruntukan untuk mereka menjalankan aktiviti belia di Selangor. Ini jelas menunjukkan yang Khalid Gagap mementing kroni. Tiada negeri berkebajikan di Selangor. Fikirkan.

1 comment:

  1. lorr..ko ni pandai baca ke tak? apa sengal. dia kata KALAU dapat sumbangan tapi tak aktif atau memberi apa2 faedah kpd belia...tapi klau mutu dapat ditingkatkan boleh bagi free je. cam longkang la lu.

    ReplyDelete

comment please.....