Konco-konco ku

Thursday, April 19, 2012

BIAR BETUL NOH OMAR TAK TOLONG NELAYAN???


Pelaksanaan projek fasa pertama bantuan Tabung Khas Perumahan Nelayan yang membabitkan lebih 2,000 nelayan perlu disegerakan bagi memastikan kumpulan sasar menerima manfaatnya.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, berkata pihaknya sudah menyalurkan peruntukan kepada semua Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen di seluruh negara untuk tindakan lanjut.
Setakat ini, katanya, perkembangan projek fasa pertama berjalan lancar manakala penerima bantuan bagi fasa kedua pula akan diumumkan minggu depan.
“Persatuan nelayan kawasan akan bertindak sebagai urus setia yang akan mengumpulkan penerima bagi membincangkan pelaksanaan terbaik supaya semua pihak berpuas hati,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Exco Pertanian Negeri, di sini, semalam.

Noh berkata, pada masa sama, kementerian akan mengagihkan sebanyak RM85 juta untuk meningkatkan prasarana terutama jalan di ladang di seluruh negara.

Terdahulu, Noh berkata, mesyuarat kali pertama bersama Exco Pertanian negeri itu membincangkan kerjasama kementerian dan kerajaan negeri bagi memastikan setiap projek yang dirancang dilaksanakan sebaik mungkin.

“Antara dibincangkan ialah penggunaan tanah untuk projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) bagi memudahkan penyaluran peruntukan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Noh yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor yakin BN dapat menawan kembali negeri itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Katanya, keyakinan itu berdasarkan sambutan memberangsangkan yang diterima setiap kali penganjuran majlis sama ada diadakan oleh BN atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Sebelum ini sokongan kurang memberangsangkan terutama selepas kalah dalam pilihan raya umum lalu, namun, situasi kini berubah di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak," katanya.

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...