Konco-konco ku

Saturday, April 21, 2012

GABUNGAN PAS DAN UMNO DI BAGAN DATOH!!!! DAHSYAT!!!

Gambar di sebelah kanan DS Zahid adalah YDP PAS Bagan Datoh, Misbahulmunir. Beliau pun turut hadir dalam majlis anjuran Barisan Nasional Bagan Datoh hari ini untuk beri sokongan kepada DS Zahid katanya. Rambut sama hitam, hati lain-lain kan, so, JB tak suka nak buruk sangka ni. Bagus lah kalau dah ada momentum macam  ni. Ini bermakna DS Zahid berjaya merubah landskap politik kawasan luar bandar yang dapat menyatupadukan Melayu atas prinsip bangsa dan agama, bukan lagi berpaksikan politik dunia semata.

Tapi yang tak sedap didengar dari telinga informer JB kat sana YDP PAS ni seumpama memerli DS Zahid dengan bertanya kepada DS Zahid tak pergi ke kenduri Fakulrazi (calon pembangkang yang akan bertanding Parlimen Bagan Datoh)? "Kita kenduri tak kira parti politik, kita pergi semua kenduri..InsyaAllah kalau sempat singgah lah nanti," balas DS Zahid pada YDP PAS tersebut. Terus terdiam tak kata apa-apa si PAS tu. Kalau kena kat dorang confirm lah tak jenguknya pemimpin UMNO yang buat kenduri. Haram katanya.

DS Zahid memang berhati rakyat beb. JB tak nafikan. Sebab Bagan Datoh daerah jiran JB walaupun berlainan negeri. Solute DS Zahid!

1 comment:

  1. Bohong betul tu penulis ini. Ini bukan hadir program anjuran BN. Khenduri rumah Hj Yusuf Sg Betul. Saya dapat undangan khenduri, saya hadir dan bertembung dengan Zahid dan Shaarani. Selalu sangat bertembung dalam majlis khenduri di Bagan Datoh dengan mereka, seperti biasalah bersalam-salaman, bergurau senda dengan mesra. Nak buat berita biaralah betul. Itu yang di belakang, nampak pakai songkok hitam, itu anak tuan rumah, tanyalah dia.

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...