Konco-konco ku

Monday, April 16, 2012

ZAHID KATA AZMIN BIADAP PADA RAJA!!


Menteri Pertahanan,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan tindakan beberapa pemimpin pembangkang yang didakwa mempersendakan dan mengejek Raja-raja Melayu ketika istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mua’dzam Shah di Istana Negara Rabu lalu sebagai kurang ajar dan biadap.Mengulas laporan sebuah akhbar kelmarin, beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata, tindakan pembangkang itu juga mempunyai unsur hasutan supaya masyarakat akan terikut dengan perlakuan sedemikian.

“Ia adalah majlis rasmi dan ia seharusnya dihormati walau dalam kapasiti apa pun.Janganlah pembangkang masukkan elemen kebencian, rasa tidak hormat kepada protokol. Saya fikir seharusnya perkara ini tidak harus berlaku wlaupun kita berbeza parti dan di dalam soal integrity dan protokol, kita seharusnya menghormati,” katanya ketika ditemui pada Program Peduli Jujur Sinar SPRM Bersama Ahli Parlimen dan Masyarakat Bagan Datoh.

Justeru,beliau mendesak satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan terbabit sekali gus memberi peringatan kepada semua pihak agar menghormati institusi Diraja di negara ini.

“Saya fikir perkara ini harus disiasat dan harus dijadikan pengajaran kepada pemimpin generasi akan datang serta dijadikan panduan supaya mereka lebih matang di dalam menangani perbedaan pendapat.Saksi pun ada yang mendengarnya,YB Kamalanathan yang berada di barisan belakang pemimpin pembangkang yang mengejek itu, dan beliau pun mendengar dengan jelas. - AntaraPos

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...