Konco-konco ku

Thursday, April 12, 2012

KEMELUT PAS KEDAH BERTERUSAN! PAS MENGENEPIKAN PKR-DAP KEDAH!!!


Pakatan Rakyat Kedah harus bersedia menerima penolakan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan negeri dibawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, kata Pengerusi Badan Pehubungan Umno Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah.

Ini berikutan rakyat negeri itu mula hilang keyakinan terhadap Azizan ekoran kemelut politik yang menyaksikan Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh enggan menerima perlantikan semula jawatan Exco.

Ahmad Bashah berkata meskipun Phahrolrazi dan Ismail sudahpun menerima semula perlantikan itu setelah diarahkan Pas Pusat, kreadibiliti dan kewibawaan Azizan mentadbir negeri terus dipertikai banyak pihak.

"Kalau ini berlaku, bagaimana mereka hendak merancang pembangunan untuk negeri, merancang sesuatu untuk rakyat, kalau ada perebutan, pergelutan, hilang kepercayaan Exco, Exco tidak percaya pada Menteri Besar dan Menteri Besar pula tidak yakin dengan Exco-exconya, ini belum pernah berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri Kedah sebelum ini," katanya kepada Antarapos.com ketika ditemui di pejabatnya di Bangunan Umno Kedah.

Ahmad Bashah berkata, rakyat Kedah kini menerima kesan buruknya apabila banyak program pembangunan tergendala akibat kemelut dalaman itu.

"Sebab itu kita tengok mereka (Pas) tidak mampu merancang pembangunan kerana ada pergelutan daripada awal lagi tetapi sekarang ini baru benda itu hendak meletup keluar.

PAS akan terkubur di Kedah PRU-13!!!!

No comments:

Post a Comment

comment please.....