Konco-konco ku

Wednesday, April 18, 2012

BELUM DAPAT MALAYSIA, PKR SUDAH JADI PENGEMIS DI TERENGGANU!

Nampaknya PKR tak akan habis dirundung masalah dalaman dan antara parti dalam pakatan. Pertelagahan yang timbul dalam pimpinan pakatan sudah tidak dapat diselindung lagi. PAS dan PKR mempunyai matlamat dan niat yang berbeza. Amat sukar jika dilihat dari sudut persefahaman untuk kedua-dua parti ini bergabung bersama walaupun berketuakan 'rakan baik'.

DAP apatah lagi. Menjadi mind-control dalam menentukan arah tuju pakatan dan mengkambinghitamkan PKR dan PAS dalam usaha merampas Malaysia dan menuju Putrajaya.

Baru-baru ini, di Terengganu, PAS menganggap PKR seperti pengemis yang mahukan kerusi di Terengganu. Namun kerana perbalahan yang tidak sudah, maka PAS berkeras untuk tidak memberikan kerusi yang banyak kepada PKR kerana mereka sudah tahu yang PKR akan kalah teruk di Terengganu pada PRU-13 akan datang.

Apa lagi yang boleh diharapkan dari pakatan jika antara pemimpin parti sendiri sudah bertelagah, mampukah mereka mentadbir negara dengan baik? Fikirkan.

No comments:

Post a Comment

comment please.....