PANAS!!! Orang kampung Ijok yang mengundi Khalid sebagai ADUN mereka dan seterusnya menjadi MB Selangor telah meluahkan perasaan mereka kepada wakil dari KL-Pos baru-baru ini. Dikatanya "Menteri Besar Tak Boleh Diharap"! Itu antara ayat bengang yang keluar dari mulut salah seorang pengundi Khalid dahulu.
Sejak Khalid memenangi kerusi DUN Ijok pada PRU-13 2008 lepas, Khalid seolah-olah lepas tangan dengan kawasannya sendiri. Lantas dia menghantar wakil di Ijok untuk membantu penduduk Ijok namun wakil itu sendiri makan gaji buta tanpa bertanya masalah rakyat dan mengabaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.
Haji Mohd Affandi Dahlan, memberitahu sejak 2008 Khalid tidak pernah menunaikan janji-janji yang ditaburnya di Ijok. Sepanjang empat tahun menjadi wakil rakyat Ijok tiada satu pembangunan pun yang memberi manfaat kepada penduduk Ijok. Inikah tokoh pakar ekonomi yang dibanggakan itu? Janji nak beri hak milik tanah pada masyarakat India di Ijok namun haram satu berita pun tak ada.
Seorang pengerusi surau di Ijok, Zaini Korman, memberitahu yang Khalid memang tidak layak untuk menjadi wakil bagi kawasan Ijok. Apa sahaja bantuan yang mereka orang kampung minta semua tidak tertunai kerana dek kesibukan Khalid sebagai MB pencuri pasir. Penduduk Ijok seperti dianak-tirikan oleh Kerajaan Selangor walaupun Khalid mendapat undi kemenangan dari penduduk Ijok. Inilah pentadbiran kuku besi yang dipraktikkan oleh Khalid Gagap sekarang. Demi kuasa dan harta akar umbi dilupakan.
PAKATAN IS DEAD!!
kalau itu luahan rasa pengundi ijok orang dulu-dulu panggil menyesal kemudian tak guna.
ReplyDeletepadan la muka korang org ijok . nak sesal apa??? salah khalid kah??? kah kahkah...
ReplyDelete