Konco-konco ku

Monday, April 23, 2012

PANAS!! PAKATAN BAGAN DATOH SUDAH PANAS BONTOT!!



“Semua kenduri kendara tak kira lah kenduri orang umno ke pas ke pkr ke, Semua kita pergi. Kita tak pilih-pilih nak datang kenduri kendara ini”  ini yang ditegaskan oleh YB Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Ahli Parlimen Bagan Datok kepada YDP Pas Kawasan Bagan Datok Saudara Misbah Munir selepas bertembung di salah satu kenduri di Sungai Batang, Bagan Datok.  Wahai Misbah Munir, kalau dipilih-pilih kenduri yang nak datang tu apa ke namanya.  Lain kali tanya soalan biar lah yang berilmiah.  Misbah Munir  ni (kononnya bakal nak bertanding di Parlimen, besar tu cita-citanya) tetapi diberitakan Cikgu Phakurazi juga sedang melobi untuk bertanding di atas tiket PKR untuk Parlimen Bagan Datok.  


Dun Hutan Melintang bakal dirampas kembali Barisan Nasional !
Bukti kesungguhan YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang sentiasa turun padang di kawasan mungkin memberi tamparan yang hebat kepada YB Kesavan (PKR-Hutan Melintang) mungkin kerana beliau sedar yang beliau tidak dapat berbuat apa-apa di kawasan Hutan Melintang sehingga terdesak untuk turun sama di dalam program yang dijalankan Barisan Nasional.  Gambar di atas menunjukkan YB Menteri Pertahanan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Bagan Datok bersarapan di Gerai MPTI Simpang 4, Hutan Melintang bersama-sama YB Kesavan (PKR-Hutan Melintang), YB Dato’ R. Ganesan (Speaker Dewan Undangan Negeri Perak) dan R. Supramaniam (Pengerusi MIC Bahagian Bagan Datok)


Sejurus selepas sarapan pagi bersama, YB Kesavan (PKR-Hutan Melintang) turut sama 
Menyertai Prog YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di SMK Hutan Melintang (Pelancaran Program Khidmat Perdana Alumni PLKN) dimana di sekitar kawasan Parlimen Bagan Datok di adakan program gotong-royong bersama JKKK Kampung yang terpilih.  Menerusi maklumat yang kami terima, pada mulanya YB Kesavan meninjau di tapak program selapas bersarapan pagi dengan YB Menteri tadi dan dilihat membuat u-turn di hadapan kawasan SMK Hutan Melintang dan menyertai program selepas melihat kehadiran yang ramai di program tersebut. Kot iye pon YB pakai la kasut nak senam erobik..ini pakai selipar! Takda disiplin langsung. Tapi tak mengapa lah….

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...