Konco-konco ku

Wednesday, April 25, 2012

ISU SAMPAH DI SEKINCHAN! ADUN SEKINCHAN ADALAH SAMPAH SEBENAR!


SUNGAI BESAR - Bahagian Kawalan Pentadbiran dan Kawal Selia, Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) mengambil tindakan drastik menjalankan gotong-royong bagi memulihara kebersihan dan keindahan tepi pantai yang menjadi lokasi tapak pembuangan sampah haram, di Sungai Leman, di sini.

Penolong Pegawai Penerangan Majlis Daerah Sabak Bernam, Noraini Ahmad berkata, pemantauan secara berkala akan terus dilakukan oleh Penyelia Kawasan yang dilantik bersama penguat kuasa bagi memastikan lokasi pembuangan sampah haram yang telah dikenal pasti tidak berulang.

“Sebagai langkah awal, kita akan menjalankan gotong-royong secepat mungkin untuk memulihara kawasan itu semula. Pada masa sama, pemantauan masih diteruskan, memandangkan sehingga ini kita belum dapat mengenal pasti pihak yang terlibat dalam aktiviti pembuangan sampah haram ini.

“Walau bagaimanapun, setakat ini, tiada papan tanda amaran diletakkan di situ kerana dikhuatiri akan lebih menggalakkan aktiviti pembuangan sampah di situ. Namun, perkara ini, akan dibawa dalam mesyuarat bersama Yang Dipertua MDSB untuk tindakan lanjut,” katanya.

Difahamkan, pembakaran sampah yang berlaku sebelum ini di lokasi pembuangan haram mendatangkan masalah kesihatan kepada masyarakat setempat seperti yang dilaporkan Sinar Harian edisi 18 Februari mendapat perhatian dan pemantauan Jabatan Alam Sekitar.

Apabila pencemaran itu berjaya dihentikan dan pemantauan giat dijalankan namun, masih ada segelintir pihak tetap berdegil membuang sampah pada waktu di luar kawalan.

Masalah berterusan itu, turut dibawa ke pengetahuan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim, untuk mencari penyelesaian dan beliau mencadangkan tapak itu dipulihkan segera.

Pada masa sama, Suee Lim, berharap wujud kerjasama erat antara masyarakat tempatan dan agensi terlibat bagi memantau permasalahan ini seterusnya memulihkan semula kawasan menerusi penyaluran maklumat seperti nombor kenderaan pihak yang membuang sampah haram.

“Diharapkan dengan tindakan yang diambil MDSB ini akan dapat menyelesaikan permasalahan tapak pembuangan sampah haram ini, seterusnya mengembalikan kehidupan yang sejahtera kepada masyarakat di situ,” katanya.

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...