Konco-konco ku

Thursday, April 5, 2012

AZMIN AKAN KELUAR PKR ATAS DESAKAN CABANG AMPANG!!!


Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali enggan melayan desakan pihak tertentu termasuk ahli akar umbi yang mahukan supaya beliau menjelaskan pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadapnya sejak akhir-akhir ini.

Tiada apa yang perlu dijelaskan lagi kerana semua itu telah dijawab berulang kali sebelum ini, katanya di lobi Parlimen apaila diminta mengulas tindakan beberapa pihak dalam PKR yang secara lantang mendesaknya tampil menjelaskan pelbagai tuduhan dan dakwaan yang dikaitkan dengannya.

Semalam, pemimpin dan anggota PKR Cabang Ampang menerusi Ketua Penerangannya, Mohd Isa Mohd Saidi mendesak Mohamed Azmin, yang juga Anggota Parlimen Gombak dan juga Anggota Dewan Undangan negeri Selangor kawasan Bukit Antarabangsa supaya meninggalkan PKR jika tidak berani tampil menjawab pelbagai dakwaan serta tuduhan yang dilemparkan terhadapnya sejak kebelakangan ini.

Bulan lepas, bekas Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mencabar Azmin supaya menjelaskan butiran sumber kewangannya untuk membeli saham bernilai jutaan ringgit ketika menjadi pegawai kerajaan pada 1992 hingga 1994 daripada terus mencari kesalahan orang lain.

Sebelum ini, bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, sejak beliau mendedahkan maklumat itu menerusi laporan polis pada 17 November 2009 sehingga sekarang, Azmin masih gagal menjawab atau member penjelasan mengenainya. – Bernama

No comments:

Post a Comment

comment please.....