Sikap umat Islam dan golongan pejuang Islam yang sebenar tidak mengutuk sesama Islam, kerana perbuatan itu dilarang Allah (swt) dan tidak dilakukan oleh Rasullah (saw) serta para pejuang Islam sebenar.
Sekiranya ada pejuang Islam, termasuk PAS yang melakukannya dan mendakwa perbuatan mengutuk, mengumpat, mendoa kehancuran dan memaki hamun sesama Islam dibolehkan, maka ertinya mereka melakukan perbuatan bid'ah dholalah yang sama sekali menyimpang daripada ajaran Islam. Maksud "bid'ah dholalah" ialah perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam, ia sesat dan berdosa. Sabda Rasulullah (saw); "Setiap bid'ah adalah sesat." (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi, hadis Hasan dan Sahih).
Berikut di bawah ini dipetik beberapa sikap dan ucapan tokoh-tokoh PAS yang bersifat mengutuk, mencaci-maki dan menghina sesama Islam:
Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz semasa berucap di suatu majlis di Padang Majlis Daerah Tanah Merah, Kelantan pada 7 Februari 2009 telah mengajak para hadirin beramai-ramai mendoakan kehancuran dan bala kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang pernah mengeluarkan fatwa, boleh mengutuk dan mendoa kejahatan ke atas orang UMNO yang dituduh zalim. Fatwa tersebut terdapat dalam HARAKAH terbitan 5.7.1999 halaman 30, katanya; "...bahawa dibolehkan berdoa supaya diturunkan bala kepada orang yang zalim..."
Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar mengutuk Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai "Pencacai UMNO." (Utusan Malaysia, 27 Julai 2010).
Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Nor Azli Musa telah mengeluarkan kata-kata kesat kepada Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dengan gelaran "Haramsani". (Mingguan Malaysia, 29 Mei 2011).
Wan Nik Wan Yussuf, salah seorang pegawai khas kepada Menteri Besar Kelantan, dalam Fikrah (Akhbar Harakah) 7 - 10 Februari 2011 telah mengutuk dengan penuh penghinaan terhadap Tun Dr. Mahathir Mohammad, digelar sebagai "Si Tua Jahil".
No comments:
Post a Comment
comment please.....