Konco-konco ku

Wednesday, October 10, 2012

SAMAN RAKYAT 1 MALAYSIA (SR1M) PRODUK TERBARU DARI NAJIB


Hari ini saya terpaksa menulis perkara ini walaupun saya tahu ia ibarat menepuk air di dulang terpercik muka sendiri. Sebabnya perkara ini telah menjadi bualan orang ramai di segenap peringkat. 

Pergi ke kantin orang bercakap pasal itu, pergi kedai kopi orang bercakap pasal itu, pergi ke surau pun orang bercakap pasal itu, sambil menunggu anak di sekolah pun orang bercakap pasal itu. Golongan ibu yang menunggu anak di padang permainan waktu petang pun bercakap pasal itu. 

Apabila semua orang dan dimana-mana orang bercakap pasal perkara itu, maknanya perkara itu serius dan perlu diberi perhatian oleh pemerintah. 

Perkara itu yang saya maksudkan adalah AUTOMATED ENFORCEMENT SYSTEM (AES).

Sistem ini mula beroperasi secara rasmi pada 23 September 2012. Tujuan perlaksanaanya adalah untuk merakam kenderaan yang melakukan kesalahan jalan raya terutamanya melebihi had laju, 24 jam sehari dan kemudiannya saman akan dihantar secara pos. Katanya untuk mengatasi kemalangan jalan raya.

Kalau dulu orang ramai bercakap pasal saman ekor, kini pula muncul satu sistem yang lebih teruk dari saman ekor. 

Bukan niat saya hendak mempertahankan orang yang melakukan kesalahan jalan raya , tetapi kaedah yang digunakan itu tidak betul. Mengikut bualan orang ramai pelaksanaan kaedah AES tidak lebih kepada usaha kerajaan nak mencari duit kerana nak bagi BRIM, bantuan anak sekolah RM 100 dan macam-macam bantuan lain lagi yang bernama 1Malaysia. 

Lalu diperkenalkan pula SR1M (Saman Rakyat 1Malaysia) untuk kerajaan mencari duit. Tangan kanan memberi tangan kiri mengaut. Itu yang orang ramai sedang bercakap dibawah sekarang.

Baca seterusnya di SINI.

3 comments:

  1. Sokong la bn,umno hahahhahahahahhahahahah gelak guling guling

    ReplyDelete
  2. sekarang ni pun byk kes..saman ekor yg di pos tak diterima..bila check nak hidup road-tax baru tau..masa tu saman dari RM150 dan jd RM300 atas alasan kononnya kita tak mao bayar..sedang kan kita tak tau pun wujudnya saman tu..so skrg nak perkenal kan plak AES...mampos

    ReplyDelete
  3. Bagozz Camera ni tak makan rasuah..! hanya mereka yang berniat utk melakukan kesalahan yang takut pada camera ini.

    ReplyDelete

comment please.....