Konco-konco ku

Tuesday, October 9, 2012

FAEKAH TERPAKSA BERTUNGKUS-LUMUS MEMPERTAHANKAN KHALID DEMI KERUSINYA

Faekah dalam kenyataan akhbarnya baru-baru ini telah mempersoalkan tindakan Azmin yang menghentam Khalid Gagap @ Boss dia sendiri berkenaan kata-kata Azmin yang mengatakan Khalid tidak layak menjadi MB Selangor.

Nampaknya keretakan kem PKR Selangor semakin parah dengan bantuan dua srikandi yang menyokong kedua-dua belah kem. Faekah di pihak Khalid, Zuraida di pihak Azmin. Masing-masing mula menunjukkan kekuatan dan sokongan tidak berbelah bahagi kepada bos-bosnya.

Parah! Memang agak parah jika dilihat perpecahan yang berlaku di Selangor. Belum lagi sempat tawan Putrajaya dah bergaduh macam ni. Ada chance ke kita rakyat Malaysia nak hidup aman dan mengekalkan kestabilan politik yang menjadi penunjuk aras bagi pelabur melabur di Malaysia?

Fikirkan.

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...