Konco-konco ku

Saturday, October 6, 2012

PAKATAN SELANGOR MUNAFIK!! TALAM DIUTAMAKAN, RAKYAT DIABAIKAN!!


Rakyat berpendapatan rendah dan sederhana di Selangor mempunyai hak untuk meminta kerajaan negeri untuk membantu mereka menyelesaikan masalah hutang rumah yang hampir tergadai, memandangkan kerajaan mampu untuk melunaskan hutang Talam yang berjumlah ratusan juta untuk menyelamatkan syarikat korporat tersebut.

Menurut Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (SERANG), Budiman Mohd Zohdi, jika kerajaan negeri mampu untuk membantu sebuah syarikat korporat dengan jumlah ratusan juta ringgit, masakan kerajaan negeri tidak mampu untuk membantu rakyat berpendapatan rendah dan miskin yang kini hampir kehilangan tempat tinggal mereka akibat tidak mampu membayar ansuran rumah.

“Selama ini Pakatan Pembangkang mendabik dada mengatakan bahawa mereka adalah pembela rakyat. Gerakan politik mereka untuk menguasai pentadbiran negeri adalah untuk rakyat. Jadi hari ini, buktikanlah! Janganlah hanya tahu bercakap, tetapi tidak tahu untuk melaksanakannya.

“Sudahlah janji-janji dalam manifesto 90 peratus tidak terlaksana, lepas itu mereka bazirkan pula duit kerajaan negeri dengan pembelian dan bantuan yang tidak munasabah. Jika kerajaan negeri benar-benar bekerja untuk rakyat, buatlah sesuatu untuk membantu golongan yang meminta bantuan kerajaan negeri untuk menyelamatkan rumah tempat tinggal mereka itu,” tegas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini.

Beliau yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar berpendapat bahawa sepanjang empat tahun pemerintahan Pakatan Pembangkang di Selangor, tidak ada sesuatu perubahan yang boleh dibanggakan.

“Hari ini, biarpun sudah menjadi kerajaan, kepimpinan Pakatan Pembangkang terus sibuk berpolitik. Selain dari sibuk menyalahkan UMNO dan BN itu dan ini, mereka juga sibuk dengan politik dalaman yang tidak sudah-sudah.

“Saya yakin, jika beginilah keadaannya maka amat jelas bahawa pemimpin di dalam Pakatan Pembangkang, khususnya di Selangor yang hanya tahu berpolitik tetapi tidak tahu mentadbir uruskan negeri. Mereka lebih sibuk menguruskan hal ehwal politik mereka sendiri, daripada meninjau dan menyelesaikan permasalahan rakyat marhain. Jika beginilah sikap mereka, status negeri Selangor sebagai sebuah negeri maju akan terjejas dan tergugat,” ujarnya.

Beliau juga amat yakin bahawa rakyat di Selangor sudah mula sedar akan kepincangan teruk dalam kepimpinan Pakatan Pembangkang mentadbir negeri Selangor.

“Saya berkeyakinan bahawa rakyat kini sudah mula sedar, bahawa BN setakat ini masih lagi pentadbir yang baik meskipun ada cacat celanya berbanding dengan pentadbiran  yang diperlihatkan oleh kepimpinan Pakatan Pembangkang di Selangor hari ini.

“InsyaAllah,dengan kelemahan yang amat ketara di dalam pentadbiran Pakatan Pembangkang, BN akan kembali diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir Selangor pada PRU yang akan datang,” tegas beliau. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

comment please.....