NASIB ORANG KULIT PUTIH AMERIKA..DAN NASIB ORANG MELAYU MALAYSIA..
---------------------------------------------------
Saya mahu menulis sedikit tentang bangsa Kulit Putih Amerika. Bukan bertujuan mahu menyebelahi mereka. Tapi dari satu segi, saya bersimpati dengan mereka sebagai bangsa majoriti di Amerika..
Saya menulis ini kerana nasib bangsa Melayu di Malaysia sebagai majoriti sedang menuju nasib yang sama dengan bangsa Kaukasia (Kulit Putih) sebagai majoriti di Amerika..
Di Amerika, orang kulit putih tak boleh memanggil diri mereka "Whites" (Kulit Putih) secara rasmi, mereka akan dianggap racist atau perkauman kalau menggunakan "Whites" (Kulit Putih) untuk diri mereka.
Tapi orang Kulit Hitam boleh menggunakan perkataan "Blacks" untuk diri mereka tanpa siapa pun menuduh mereka racist. Maka ada persatuan di US bernama "National Association of Black Actors and Supporters (NABAS, Persatuan Kebangsaan Pelakon Kulit Hitam dan Penyokong). Tapi orang kulit putih tak boleh buat "Persatuan Kebangsaan Pelakon Kulit Putih" kerana ini akan dianggap racist...
Orang kulit putih juga tak boleh panggil diri mereka "European Americans" (bangsa Amerika Eropah) kerana ini dianggap racist.
Tapi orang kulit hitam boleh panggil diri mereka "African Americans (bangsa Amerika Afrika). Begitu juga minoriti lain di US boleh panggil diri mereka "Asian Americans", "Chinese Americans", "Korean Americans", "Arab Americans", "Jewish Americans" dan sebagainya dan tak ada siapa tuduh mereka racist kerana mereka MINORITI.
Tapi majoriti orang kulit putih tak boleh panggil diri mereka "European Americans" atau "White Americans" kerana akan dituduh racist..
Keadaan sama sedang berlaku di Malaysia. Orang Melayu tidak lagi dibenarkan menyebut diri mereka "Melayu" kerana akan dituduh racist. DAP mahu semua orang Melayu jadi "Malaysians" (bangsa Malaysia), mana-mana orang Melayu yang masih panggil mereka "Melayu" adalah racist kepada DAP dan penyokong-penyokongnya.
PAS pula mahu semua orang Melayu jadi "Muslim" saja dan buang bangsa Melayu. Mana-mana orang Melayu yang masih anggap diri mereka Melayu dituduh PAS sebagai "Assobiyah". Dari segi ini, kedua-dua DAP dan PAS bersatu hati, mereka mahu hapuskan bangsa Melayu dari bumi Malaysia..
Sementara itu, bangsa Cina, India dan lain-lain di Malaysia masih terus boleh memaggil diri mereka "Cina", "India" dan sebagainya tanpa sesiapa menuduh mereka racist,,
Orang Melayu sebagai majoriti di Malaysia sedang menjadi seperti orang kulit putih sebagai majoriti di Amerika. Apa yang sedang terjadi di Malaysia ialah "Tyranny of the Minority" atau "Kekejaman Minoriti". Mereka mahu Melayu jangan jadi Melayu tapi mereka masih mahu jadi Cina, India dan sebagainya..
Bezanya kulit putih amarika memegang hampir segala2nya manakala Melayu Malaysia pula hampir terlepas segala2nya.
ReplyDeletebetul bila ekonomi dah lama dipegang minoriti, kuasa yang ada kat melayu cuma politik, apabila politik juga dipegang minoriti maka jadilah melayu yang hilang segala galanya ..bila dah jadi camtu barulah nk bersatu... tapi apakan daya dah terlambat....
ReplyDelete