Konco-konco ku

Tuesday, October 2, 2012

TERKINI!! TANAH MILIK YBK YANG DIRAMPAS KHALID KEMBALI SEMULA KEPADA YANG BERHAK!!

Akhirnya setelah bertahun-tahun Kerajaan Selangor merampas tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor di Serendah, hari ini Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan tanah seluas 800 ekar adalah kekal milik YBK.

Khalid yang merampas tanah YBK semakin pening kepala kerana aset untuk dijual sebelum PRU telah berkurang satu. Maka akan ada harta milik Selangor yang akan dijual selepas ini. Mari kita nantikan....

*******************
Hari ini, pada 2.10.2012 Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan rayuan PYBK dibenarkan dengan kos dalam kes tanah di Serendah dan tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor merampas tanah kepunyaan PYBK di Serendah adalah TIDAK SAH. Tindakan Kerajaan Selangor melucuthakkan 4 blok tanah dan mengembalikan semula bayaran cukai tanah adalah SALAH dari segi undang-undang.

PYBK adalah anak syarikat YBK yang memiliki tanah seluas 1,625 ekar di Serendah, Hulu Selangor. Seluas 218 ekar daripada tanah tersebut telah dicadangkan sebagai tapak Projek UiTM, Serendah di mana cukai tanah bagi 4 lot tersebut sebanyak RM1.280 juta telah dibayar pada 31.8.2009 (‘bayaran pertama”) sebagai memenuhi syarat permohonan Kebenaran Merancang kepada Kerajaan Negeri Selangor.

Pada awal bulan November 2009, PYBK telah menerima Borang 6A untuk menuntut cukai tertunggak sebanyak RM5.7 juta bagi tanah seluas 797 ekar. Pada 1.2.2010, pihak Yayasan Melaka telah membantu membayar cukai tertunggak tersebut (“bayaran kedua”) walaupun tarikh akhir Notis 6A ialah pada 29.1.2010.

PYBK melalui peguamnya telah memberi peringatan, oleh kerana kegagalan Pentadbir Tanah membuat pengendorsan mandatori di bawah Seksyen 97(2) Kanun Tanah Negara maka Notis 6A yang dihantar adalah defektif dan oleh yang demikian tempoh sah Notis 6A belum disifatkan wujud atau mula beroperasi. Namun begitu Pejabat Tanah Daerah Hulu Selangor pada 4.2.2010 telah memulangkan bayaran-bayaran di perenggan 1 dan 2 di atas kepada PYBK:-

i) Bayaran pertama dipulangkan tanpa sebarang alasan diberikan bahkan tiada Notis 6A dikeluarkan untuk tanah tersebut;

ii) Bayaran kedua dipulangkan dengan alasan bahawa bayaran tersebut tidak boleh dibuat oleh pihak ketiga iaitu Yayasan Melaka.

Pada 11.2.2010 PYBK telah menerima Notis 8A daripada Kerajaan Negeri bagi sebahagian tanah-tanah PYBK tersebut. Tindakan Kerajaan Negeri ini adalah tidak wajar memandangkan PYBK telah membuat bayaran tetapi dipulangkan atas alasan yang tidak munasabah dan bertentangan dengan peruntukan Kanun Tanah Negara. Memandangkan kepada perkara di atas, PYBK telah mengambil tindakan membuat Rayuan kepada Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap keputusan Kerajaan Negeri Selangor melalui Pentadbir Tanah Hulu Selangor dalam melucuthakkan 4 Blok tanah dan mengembalikan semula bayaran-bayaran cukai yang telah dibuat melalui Notis-Notis Usul Pemula No. 21-99-2010, 21-100-2010 dan 21-101-2010 (“Kes tersebut”).

Pada 6.9.2012 Kes tersebut telah didengar di hadapan Yang Arif Hakim di Mahkamah Tinggi dimana kedua-dua pihak telah memberikan hujahan masing-masing secara bertulis dan lisan. 

-Portal rasmi YBK

No comments:

Post a Comment

comment please.....