Konco-konco ku

Thursday, October 4, 2012

DUA PELAJAR UITM MAUT DALAM KEMALANGAN JALANRAYA

(Gambar Hiasan)

SUNGAI PETANI - Dua pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok dekat sini maut selepas motosikal yang mereka naiki berlanggar dengan sebuah lori di Jalan Semeling-Bujang, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 petang itu, mangsa Muhamad Syafiq Saiful Bahri, 19, dan Muhammad Firdaus Tajudin, 19, dikatakan dalam perjalanan dari UiTM Merbok menuju ke Titi Semeling untuk makan bersama rakan mereka yang sudah sampai lebih awal di kedai makan yang dituju.

Bagaimanapun, sewaktu dalam perjalanan menuju ke Titi Semeling, motosikal dilaporkan terbabas dan memasuki arah bertentangan sebelum berlanggar dengan sebuah lori.

Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk dibedah siasat.

Muhamad Syafiq merupakan pelajar semester dua jurusan Diploma Pengurusan Perniagaan manakala Muhammad Firdaus merupakan pelajar semester dua jurusan Diploma Pentadbiran Awam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda Supt Ong Aik Chang ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.- Bernama

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...