Konco-konco ku

Monday, June 4, 2012

SELANGORKU BANKRAP!! KHALID GAGAP TUKAR STATUS TANAH REKREASI KEPADA PERINDUSTRIAN??




Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George menyifatkan kerajaan negeri pimpinan PKR cuai dalam hal ehwal pentadbiran agensi mereka sendiri.

Beliau berkata demikian setelah terdapat pencanggahan besar dokumen dalam Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 (RTPJ 2) yang menyaksikan ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Derek John Fernandez mahu satu siasatan dijalankan dengan segera jika Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor serta Jabatan Perancangan Majlis Bandaraya Petaling Jaya gagal tampil memberikan jawapan yang munasabah.

Sebelum itu, John Fernandez mempertikaikan berlakunya percanggahan diantara dokumen RTPJ 2 milik Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor dan dokumen milik Jabatan Perancangan Majlis Bandaraya Petaling Jaya membabitkan fakta-fakta yang melibatkan padang kompleks sukan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Kedua-dua dokumen tersebut saling bercanggah diantara satu sama lain apabila padang kompleks sukan PKNS didakwa sudah diwartakan sebagai tanah komersil namun menurut dokumen milikan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor, padang tersebut masih diletakkan sebagai kawasan rekreasi.

Jacob George memberitahu pembangunan negara akan mundur ditangan pembangkang memandangkan pentadbiran berskala kecil seperti isu padang kompleks sukan PKNS gagal dilaksanakan oleh pentadbiran kerajaan negeri.

"Bagaimana boleh terjadi percanggahan ini?

"Mengapa tiada inisiatif mahupun perancangan daripada kerajaan negeri untuk menyeragamkan RTPJ 2 ini? Adakah terdapat kepentingan mereka dalam percanggahan itu?," katanya.

"Amat memalukan jika kerajan negeri tidak berupaya mentadbir hinggakan tidak tahu apa yang berada di 'tangan kiri' dan apa yang berada di 'tangan kanan'.

"Saya mahu melihat apa pula alasan yang akan diberikan diatas kegagalan dan percanggahan ini," tegas Jacob George. -KLPos

Datuk Hj Abdul Halim, Penyelaras BN, P104 - Kelana Jaya memberi penerangan mengenai status guna tanah padang kompleks sukan PKNS yang berubah dari Zone Hijau (tidak boleh dibangunkan) kepada Zone Biru (zone kommersial) setelah setahun di gazetkan sebagai Zone Hijau. Pertukaran tersebut dilakukan tanpa sebarang kelulusan dan jawapan yang diberi oleh Datuk Bandar Petaling Jaya amat tidak menasabah. 

Beliau dilapurkan memberi alasan silap cetak... 

No comments:

Post a Comment

comment please.....