Konco-konco ku

Thursday, June 7, 2012

PKR TUNAI JANJI!! RM5,000 SETIAP PELAJAR BARU UNISEL AKAN DITERIMA ISNIN DEPAN!!


GOMBAK  7 Jun – Tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membekukan pinjaman membabitkan pelajar baru Universiti Industri Selangor (Unisel) merupakan peluang terbaik kepada pembangkang membuktikan mereka mampu memberikan pendidikan percuma di negeri itu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor , Datuk Seri Noh Omar berkata, sebagai institusi pengajian tinggi milik kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, seharusnya Unisel bersedia untuk memberikan pendidikan percuma kepada para pelajar sekali gus menolak PTPTN.

“Kerajaan negeri mendakwa yang mereka mempunyai RM600 juta duit bagi tujuan merakyatkan ekonomi Selangor, maka ini peluang terbaik PKR untuk membuktikan kata-kata mereka dengan melaksanakan pendidikan percuma.

“Mereka seharusnya berterima kasih kepada pihak PTPTN kerana membekukan pinjaman kepada pelajar Unisel dan mengambil peluang ini untuk mengotakan janji yang menreka taburkan kepada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Projek Perkasa Usaha Untuk Cipta Kejayaan (PUNCAK) di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis tersebut, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Jelas Noh, PKR perlu membuktikan bahawa janji mereka adalah benar dengan melaksanakan dasar pendidikan percuma.

“Jika mereka tidak mampu, mereka perlu akuinya dan kita harus sedar bahawa apa yang PKR katanya kepada rakyat hanyalah pembohongan  politik untuk memancing undi rakyat,” katanya.-KLPos

1 comment:

  1. biar betul kerajaan negeri beri rm5000?...bukankah dorang janji pendidikkan percuma?...apsal wang keluar juga dari kantong kerajaan negeri?...klu percuma masuk daftar dan belajar sahajalah...tiada yuran dikenakan..makan minum free..inap free..buku free...tambang free...berlibur free!!...beri jer voucher atau All Free Cost Pass !!! pasti bertakbir ibubapa!!

    ReplyDelete

comment please.....