Konco-konco ku

Thursday, June 7, 2012

I'M SORRY!!! JB SETUJU AKAN DAPAT PAHALA JARIAH!!!

Rupanya begitu rupanya apa yang tersirat di dalam pembinaan lebuhraya rakyat di Kelantan. Kenapa baru sekarang nak keluarkan statement yang baik ni? Kalau cakap dari awal kan senang, tak ada orang lain nak tuduh Kelantan dan Nik Aziz ni macam-macam. 

Sebelum tu JB minta maaf lah atas artikel yang tidak bersependapat dengan pemimpin PAS yang telah memberitahu tentang pahala amal jariah. JB pun pernah belajar agama dulu. Tapi tak adalah sampai jadi ustaz pukul 3 pagi.

Amal jariah tu memang betul, JB tak nafikan langsung pun. JB pun suka nak beramal jariah ni. Tapi..... Kita kena lihat juga amal jariah macam mana yang kita praktikkan. Dalam soal pembinaan lebuhraya rakyat ini mengikut pendapat JB adalah lebih molek jika kerajaan Kelantan sendiri yang patut sediakan semua kemudahan ini untuk rakyat mereka. Tidak perlu kutip derma sebab apa yang kerajaan buat untuk rakyat adalah dikira fardhu ain. Derma ni fardhu kifayah, nak buat memang dapat pahala, tak buat tak dapat dosa pun.

Tapi bagi pihak kerajaan adalah fardhu ain. Yakni dengan bahasa lebih mudah, Kelantan WAJIB menyediakan semua kemudahan yang diperlukan oleh rakyat. Kerana rakyat Kelantan juga pembayar cukai kenapa perlu mereka derma lagi? Tak cukup lagi ke cukai yang dikutip?

Kalau salah perbetulkan JB sebab tak berapa faham lagi konsep yang ingin diterapkan dalam kerajaan Kelantan ni. 

Lagi satu, kenapa perlu ada beberapa nombor akaun yang berbeza dari individu berbeza jika benar mereka telus. Tolong beritahu yang mana satu patut rakyat Kelantan masukkan duit ke dalam akaun mana? Bila timbul kekeliruan maka akan timbul keraguan dalam beramal jariah. Jangan bodohkan rakyat Kelantan. JB hormat orang Kelantan. Gomo Kelate Gomo!

2 comments:

  1. Yer lah bro JB...

    Kasi tomoi... kasi tomoi cukup cukup PAS PKR DAP ni. "Tiger upper cut" sekali...

    ReplyDelete
  2. Assalam Bro

    Leburaya apanya... jalan kat kampung tu depa dah buat... Lebih pahalanya kerajaan PAS dapat kalau bagi air bersih kepada rakyat untuk diminum...

    ReplyDelete

comment please.....