Konco-konco ku

Sunday, June 3, 2012

PANAS AHAD!!! AHLI PAS KECEWA, AMBIGA DI LANTIK KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS PERAK!!!


Insaf dengan nasib dan masa depan orang Melayu di negeri Perak, seramai 688 ahli PAS dari DUN Kubu Gajah dan Batu Kurau nekad keluar parti dan menyertai UMNO hari ini.

Tindakan itu diketuai bekas Setiausaha PAS cawangan Kampung Titi Kasai, Abdul Wahab Mahmood, yang menyifatkan hanya parti UMNO yang dapat memperjuangkan nasib dan bangsa Melayu di negara ini.

“Saya keluar PAS tanpa ada paksaan dari mana-mana pihak sebaliknya atas kesedaran sendiri bagi menuntut hak saya sebagai orang Melayu.

“Dengan menyertai bawah UMNO ini, saya akan terus memperjuangkan nasib dan bangsa Melayu seperti yang dilakukan nenek moyang kita dahulu,” katanya yang menjadi ahli PAS sejak lebih 20 tahun lalu.

Terdahulu, Abdul Wahab menyerahkan borang menyertai UMNO kepada Ahli Parlimen Larut, Datuk Hamzah Zainuddin di majlis Kenduri Rakyat di Kampung Titi Kasai, dekat Batu Kurau.



1 comment:

  1. Hidup pas!! hidup hj awang!! hidup jesus christ!! hidup nicky ajis!!

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...