Penyertaan dari kaum Cina untuk bersih kali ini sungguh memberangsangkan. Paling ramai dilihat adalah daripada penyokong anti-lynas yang berkumpul di KLCC. Momentum yang dapat dilihat dari kaca mata orang ramai boleh diklasifikasikan sokongan orang ramai terhadap pakatan agak besar. Dan lynas menjadi batu loncatan bagi kaum ini kerana mereka tidak mahu punca pendapatan utama Tanah Besar China terjejas dengan adanya lynas di Malaysia. Kerana China adalah penyeluar nadir bumi terbesar di dunia.
CINA TAKBIR, PAS "ALLAHUAKBAR!"
Ada satu peristiwa yang kelakar bagi JB yang ingin dikongsikan di sini. Iaitu berkenaan dengan takbir yang selalu dilaungkan oleh pemuda-pemuda PAS bagi menaikkan semangat mereka. Semasa rusuhan terbesar di KL 28/4 lalu, sempat juga diperhatikan beberapa orang pemuda dari bangsa Cina yang suka apabila mendengar laungan takbir dari pemuda PAS.
Tanpa disangka-sangka, pemuda Cina tadi melaungkan takbir dan disambut oleh pemuda PAS dengan 'AllahuAkbar'. Terkejut? Mungkin pemuda PAS dan unit amal PAS tak perasan agaknya siapa yang melaungkan kalimah keramat mereka tu, lantas tanpa mencari dari arah mana suara itu datang mereka teruskan bertakbir memuji kalimah ALLAH!
Ini lah yang dikatakan kebebasan yang dilaungkan oleh Anawar Al-Juburi dan pendokong pluralisme dan liberalisme yang sentiasa berkokok menuntut kebebasan agama, sex, suara dan macam-macam lagi kebebasan. Fikirkan.
No comments:
Post a Comment
comment please.....