Konco-konco ku

Tuesday, May 1, 2012

SIRI 9: SELEPAS TERKENA GAS PEMEDIH MATA, JB TERSEREMPAK HISHAMUDIN RAIS!!




Semasa lari menyelamatkan diri dari terkena gas pemedih mata berdekatan jalan masjid india, JB kebelakangan sedikit sebelum satu lagi gas pemedih mata dilepaskan ditengah-tengah lorong tidak sampai satu meter dari tempat JB berdiri. MasyaAllah. Terkena asap itu umpama hendak mati terjelupuk kat situ jugak. Mujur ada beberapa pendemo bersih yang membantu memapah JB lari dari tempat itu.

JB sempat menoleh kebelakang, pendemo terus melakukan provokasi melampau terhadap pihak polis dengan membaling batu, botol air, botol kaca, kasut dan macam-macam lagi barangan yang mereka sempat capai. Begitu biadap mereka terhadap penjaga keamanan negara.

Apabila mata JB sudah agak pedih, JB cuba berjalan antara nampak dan tak nampak di jalan masjid india untuk mencari sebotol air bagi mencuci mata yang maha pedih. Serius. Pengalaman yang tak akan JB lupakan. Akhirnya jumpalah satu kedai mamak yang buka dan JB pun beli dua botol air satu untuk cuci mata dan satu untuk bekalan perjalanan yang entah kemana kaki melangkah.

Oleh kerana JB agak tidak biasa dengan jalan KL, jadi JB hanya mengikut pendemo yang bertebaran lari hingga ke Kg.Baru bagi menyelamatkan diri. JALAN KAKI. Macam nak tercabut lutut ni. Dalam perjalanan tu lah JB terjumpa Hishamudin Rais dan MP Kelana Jaya (gambar 1) tengah bersandar di pangkal pokok sambil bercerita dongeng kepada hadirin yang berkumpul.

Ok setakat ni dulu untuk siri 8. Nantikan siri yang seterusnya.

1 comment:

  1. bertenang..sabar...saudara adakah turut serta menyertai himpunan bersih 3.0 faham matlamatnya dan datang dengan tulus hati dan tahu apa baik buruknya? saya sertai demo menentang PPSMI kerana saya faham dan cintai Bahasa Melayu demi survival masa kini dan masa hadapannya. Saya faham dan reda.Hasilnya berjaya...Tapu himpunan siri BERSIH ini banyak yang mengarut dan banyak berkepentingan politikus yang korup...kita diperalatkan..saya tidak turut pun.

    ReplyDelete

comment please.....