Konco-konco ku

Wednesday, May 2, 2012

SETAKAT R THANGAM KENA TANGKAP, ANWAR TAK KISAH PUN!!!


Penahanan R Thangam tengah malam semalam dalam satu operasi yang dilaksanakan oleh pihak polis bukanlah bukti satu gambaran jelas penglibatan PKR sebagai dalang utama kekecohan semasa demonstrasi tempohari.

Walaupun R Thangam adalah Ketua Cabang PKR Rasah, tidak mustahil tindakan mencabar arahan mahkamah yang dilakukannya itu adalah inisiatif sendiri sekalipun dalam salah satu rakaman video menunjukkan R Thangam adalah antara individu yang awal sekali mengalih penghadang jalan selepas menerima greenlight dari Azmin Ali dan Anwar Ibrahim.

Berdasarkan rakaman tersebut, selepas penghadang dialihkan ia kemudiannya diikuti dengan serbuan beramai-ramai oleh peserta Bersih 3.0 ke kawasan Dataran Merdeka yang akhirnya mendorong pihak polis berundur dan FRU mula mengambil alih dengan melancarkan langkah penguatkuasaan menghalang serbuan tersebut.

Polis yang berkawal di sebalik penghadang pun satu hal, kalau mereka tidak lari dari serbuan peserta demonstrasi Bersih 3.0 tentu saja FRU takkan menyembur air dan menembak gas pemedih mata. Betul tak?

Apapun, dengan kejayaan penangkapan ini bolehlah Anwar Ibrahim mencuci tangan kerana tiada bukti fizikal yang menunjukkan Anwar adalah orang pertama menyentuh dan mengalih penghadang tersebut.

Setakat arahan isyarat saja antara Anwar dan Azmin Ali tidak memberi makna apa-apa tambahan pula ketika itu Anwar sedang memeluk bahu seorang lelaki berbaju oren, boleh jadi isyarat tersebut bermaksud mahukan privasi tanpa gangguan.

Sedangkan video chinadoll yang 99% tepat pun Anwar dapat tepis dengan selamba badaknya, apa sangatlah dengan bukti video kabur yang hanya menunjukkan permainan isyarat antara Anwar dan Azmin.

Jika sekalipun terbukti isyarat arahan itu punca utama rempuhan dan kekalutan bermula tetap ianya tidak layak dijadikan bukti. Bukankah Presiden Pas, Datuk Hadi Awang pernah berkata bukti video hanyalah besi yang tak layak menjadi saksi, tidak begitu?

Kita harap selepas ini Anwar kembali cool kerana watak utama punca kekecohan Bersih 3.0 telahpun berjaya ditahan dan tak usahlah lagi marah-marah macam dalam sidang akhbar di Pejabat PKR sehari dua lepas.

Kasihan menengokkan budak Cina bernama Benji Lim yang selama ini berjuang untuk pakatan pembangkang alih-alih dihalau keluar semata-mata untuk menjaga air muka Anwar yang terpaksa bersilat lidah menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Benji Lim.

2 comments:

  1. Semua provokasi berpunca dari perhimpunan bersih3.0.

    Paling TEGAS sebarang kejadian/rusuhan tidak akan berlaku jika kerajaan BERANI MATI. Tolak ansur tidak perlu diberi atas alasan perhimpunan yg dianjurkan PEMBANGKANG boleh berjalan dengan aman. ANDAIAN AWAM Kerjaan tidak hargaai, pengalaman lampau tidak menjadi ikhtibar kepada kerajaan, NASI hampir menjadi bubur basi, keterbukaan kerajaan dan sedia beralah kerajaan DISUKAAI PEMBANGKANG, kerajaan salah perhitungan, berapa kos yg kerajaan tanggung dan betapa sia-sia man power yg dibazirkan utk melayan kerenah pembangkang walau disumbat emas dimulut pon.

    org makin muak dengan KEGILAAN PEMBANGKANG, yg perangai macam budak-budak tak cukup akal.

    ReplyDelete
  2. Alert (satu lagi gelombang fitnah Fuckatan akan dihasilkan):

    Pagi ini 3 mei 2012, suaram akan membuat sidang akhbar mengenai scorpene yang melibatkan NAJIB RAZAK, sidang tersebut akan dibuat pada pukul 11 pagi di Selangor Chinese Assembly Hall.

    ReplyDelete

comment please.....