Konco-konco ku

Wednesday, May 9, 2012

SANG SAKA BANGSA SINGGAH DI SUNGAI BESAR!!

Pagi tadi telah berlangsungnya Larian Bendera UMNO Peringkat Negeri Selangor bersempena dengan Sambutan Hari Ulangtahun UMNO ke-66. Sang Saka Bangsa yang diarak dari Sabak Bernam menuju ke Sungai Besar telah sampai lebih kurang jam 11.00 pagi tadi.

Semua pemimpin tempatan dari Parlimen Sabak Bernam dan Parlimen Sungai Besar turun padang bagi memeriahkan suasana dan sambutan yang julung-julung kali diadakan. Ini barulah yang dinamakan semangat perpaduan antara UMNO. Walau mungkin ada yang tidak sependapat namun jika hadir satu majlis mesti bersatu dan beramah mesra. Solute kat UMNO Sungai Besar.

Sekarang bendera UMNO telah dibawa menaiki konvoi moto dari Sungai Besar ke Parlimen Tanjung Karang. 

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...