Konco-konco ku

Thursday, May 10, 2012

PAKATAN SELANGOR UMPAMA BADUT - DR CHEAH WING YIN


Ahli Dewan Undangan Negeri Damansara Utama, Dr Cheah Wing Yin (gambar) menulis surat kepada pemimpin partinya bagi menyatakan pandangan bahawa tempoh empat tahun kepimpinan Pakatan Rakyat di Selangor dilihat sebagai satu ‘komedi kesilapan’.

Menurutnya, terdapat ahli majlis tempatan yang dilantik oleh parti itu tidak boleh mengangkat sumpah jawatan kerana gagal membaca atau bercakap menggunakan bahasa Malaysia.

“Malah ada yang memboikot mesyuarat majlis tempat. Bukan itu sahaja, graduan yang berusia 23 tahun turut dilantik menjadi ahli majlis,” kata Dr Cheah menerusi surat setebal 12 muka surat yang dihantar kepada Penasihat DAP, Dr Chen Man Hin dan Lim Kit Siang; Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.

The Star melaporkan menerusi surat yang turut diperolehi oleh akhbar tersebut dinyatakan bahawa prinsip cekap, akauntabiliti dan telus (CAT) yang digunakan sebagai slogan memancing pengundi pada pilihan raya sepatutnya dipraktik dan diamalkan parti itu.

Selain itu Dr Cheah turut menegur Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan ‘Ahli Parlimen berkuasa’ yang dilihat mempunyai ‘keputusan muktamad’.

Dakwa beliau, ahli majlis bandaraya daripada DAP gagal untuk mengambil tindak balas terhadap rungutan yang disuarakan rakyat serta gagal menghadiri mesyuarat bagi menangani pelbagai masalah.

Bagaimanapun Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok yang dihubungi melalui sistem khidmat pesanan ringkas (sms) enggan mengulas.

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...