Konco-konco ku

Tuesday, May 8, 2012

MENGAMUK SAKAN DINTURTLE KAT PEMBACA BLOG DIA!!!


Kalau anda perasanlah, dekat sebulan dah sebilangan besar blog memaparkan iklan Hari Belia 2012. Baru ni saya cubalah tanya 2-3 orang kawan online tentang program Hari Belia tu, jawapan yang sama saya (dinturtle) terima - Entah, ada nampak.... ingatkan untuk budak2 belia jer.

Laaa ....Klik pun tidak pada iklan2 tu ! Apatah lagi baca artikel2 Hari Belia yang kadang2 kita selitkan. Oklah, kali ni saya tulis sendiri artikel promosi Hari Belia, BUKAN copy paste ok..  En Zul, BACA NI !

Terus terang saya cakap, RUGI BESAR kalau anda tidak pergi pada program itu. Ia adalah program untuk SEMUA GOLONGAN dari yang budak kecil hinggalah ke orang tua walaupun targetnya adalah untuk para belia.

Ia diiktiraf sebagai antara 10 program terbesar diDUNIA ! ' Program' yang dimaksudkan itu ...... gini , saya bagi contoh - Jom Heboh TV3. Ramai yang kata ia satu program yang besar. Sebagai perbandingan dan secara kebetulan juga Jom Heboh akan turut serta pada sambutan Hari Belia nanti, keseluruhan Jom Heboh beserta aktiviti2 nya merupakan SATU SEGMEN daripada 38 SEGMEN yang ada. ( bayangkan 38 Jom Heboh dikumpulkan pada satu tempat pada satu masa ).

Anda boleh KLIK atau lain kali klik saja pada picbadge / logo bertulis Himpunan Jutaan Belia ( seperti gambar diatas ) disebelah kanan blog ini dan anda terus ke laman hbn.com dan disitu akan terus terpapar kesemua 38 SEGMEN yang ada. Kliklah pada mana-mana SEGMEN yang ada dan akan keluar pula ACARA-ACARA yang disusun dibawah SEGMEN itu.

Kesemuanya ada lebih 500 acara ! Ada 24 Pentas untuk Pertunjukan LIVE, 1000 persembahan dan panjangnya tapak 'pesta' adalah 6 km ! 

Nah, dapat anda bayangkan ....

Antara SEGMEN yang ada adalah Gerbang Kerjaya dimana para belia boleh mendaftar untuk mencari kerja, sesi motivasi, temuduga kerja ........ saja sebagai contoh yang ia bukan hanya berbentuk hiburan semata-mata.


Setiap SEGMEN yang anda klik ada tertera nama pegawai yang boleh membantu serta no untuk dihubungi.


Anda juga boleh klik kebahagian  ' Pandu Arah Pengunjung ' dimana disediakan PETA / Layout Tapak lebih 500 Acara-acara yang bakal ada nanti. Contoh -



Layanzz dulu video prom Hari Belia Negara 2012

1 comment:

comment please.....