Konco-konco ku

Saturday, May 12, 2012

MAJLIS PEGUAM BERSETUJU LANCAR PERANG KEPADA POLIS


Seperti diduga, Majlis Peguam yang mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa hari ini meluluskan resolusi mengecam tindakan pihak polis ke atas peserta perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April lalu.

Resolusi yang mempunyai 12 perkara itu antaranya mempertikaikan tindakan polis yang menembak gas pemedih mata terus ke arah peserta himpunan dan tidak memberikan ruang kepada kumpulan itu untuk bersurai. Selain itu, resolusi berkenaan turut meminta Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk meningkatkan operasi dan pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain Suruhanjaya Bebas mengenai aduan dan salah laku PDRM.

Resolusi tersebut merupakan susulan daripada Laporan Interim Majlis Peguam mengenai perhimpunan Bersih yang disusun daripada pemerhatian 78 orang sukarelawannya yang membuat pemantauan di enam lokasi semasa perhimpunan itu berlangsung.

3 comments:

  1. MAJLIS PEGUAM M'SIA SENTIASA BERSIKAP OFFENSIVE TERHADAP KERAJAAN. SEOLAH-OLAH MEREKA ADALAH MUSUH KERAJAAN & PENYOKONG PEMBANGKANG. BERBEZA SANGAT DENGAN MAJLIS PEGUAM (Law Society) SINGAPURA. DULU Law Society CUBA BERMAIN POLITIK ANTI-PEMERINTAH TETAPI CEPAT-CEPAT DAPAT "DIBISUKAN" OLEH LEE KUAN YEW (LKY) SEBAB LKY TIDAK SUKA DENGAN SIKAP ANTI-ESTABLISHMENT DI S'PURA. SEKARANG Law Society HANYA MENUMPUKAN KEPADA ISU-ISU GUAMAN SAJA TANPA POLITIK. SEPATUTNYA MAJLIS PEGUAM M'SIA BERDEPAN DENGAN SESEORANG YANG NO-NONSENSE SEPERTI LKY.

    ReplyDelete
  2. Majlis Peguam patut di bubarkan saja. Ia tidak memberi faedah langsung kepada rakyat majoriti dan hanya mengambil kesempatan di atas kes-kes terpencil. Mejlis Peguam bukan lagi releven dan menjadi alat kepada puak haluan kiri dan hampir sama denga gerakan subersif.

    ReplyDelete
  3. Semoga selepas ini pehak PDRM jangan layan golongan yg mengaku pandai tapi bodohhhh kalu Nik Ajis kata Majlis Fatwa pandang sebelah mata puak2 ni pula buta dua2 mata

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...