Konco-konco ku

Wednesday, May 9, 2012

KONTROVERSI FIZO OMAR BAKAL TERDEDAH 23 MEI INI!!!

Apa lagilah kontroversi yang akan didedahkan pada 23 Mei ni. Fizo Omar, pelakon muda yang kian naik dalam bidangnya nampaknya tidak senang duduk dengan hanya bergantung harap dengan populariti yang dimiliki sahaja. Nampaknya Fizo semakin popular la lepas ni.

Mengikut dari sumber yang boleh dipercayai, Fizo Omar telah dilantik oleh Seketriat Hari Belia Negara 2012 sebagai duta bagi mewakili artis belia remaja. KBS menerusi Menterinya telah sepakat memilih Fizo Omar sebagai ikon untuk menarik minat belia supaya hadir bagi memeriahkan Hari Belia Negara 2012 yang akan diadakan pada 23 hingga 27 Mei 2012 ini di Putrajaya.

Bekas pemain bola sepak yang mewakili kelab ini berkata, acara terbesar ini dengan mengumpulkan lebih 2juta belia diseluruh Malaysia adalah satu sasaran yang tinggi. Oleh itu, untuk menyokong usaha KBS, beliau menyeru kepada semua golongan artis turun memberi sokongan. Anak jati Perupok, Kelantan ini berpendapat acara ini dapat menyatupadukan dan menaikkan semangat anak muda supaya bersama-sama menyemarakkan hasrat murni PM dengan terkumpulnya jutaan anak muda di Putrajaya.


No comments:

Post a Comment

comment please.....