PETALING JAYA: Penyanyi 60-an yang terkenal dengan lagu Seruling Anak Gembala, Datuk Jeffrydin menyifatkan tindakan Parti Islam Se-Malaysia (Pas) Cawangan Paya Jaras memasang kain rentang kononnya dia akan mengadakan persembahan bersempena Temasya 60-an di tapak pasar malam kawasan itu Ahad ini sebagai mainan politik sedangkan dia tidak pernah berjanji menjayakan program berkenaan.
Jeffrydin atau nama sebenarnya Raden Jeffrydin Raden Imbromsoekaman berkata, dia dihubungi wakil parti politik itu awal April lalu ketika berada di Sabah dan dijemput menjayakan persembahan anjuran sebuah syarikat pengurusan majlis.
“Sewaktu dijemput, saya bertanyakan siapa penganjur, tetapi mereka (penganjur) bermain tarik tali dan enggan memberitahu identiti sebenar. Kerana tidak mengetahui latar belakang penganjur, saya menolak undangan terbabit, namun diminta memberikan nombor akaun bagi tujuan pembayaran deposit,” katanya.
Thanks Minaq-Jinggo
Nampaknya semua orang pun kena hati hati benar kalau berhubung dengan puak kaki auta nih.
ReplyDelete