Konco-konco ku

Wednesday, April 4, 2012

TEMPE PANAS!! KERAJAAN SELANGOR KERAJAAN DRAKULA!!!

Kerajaan Negeri Selngor di bawah pentadbiran Khalid Ibrahim dikatakan bertindak kejam kerana membiarkan pihak anak syarikat MBI menaikkan kadar sewa keatas pejabat yang mereka telah duduki sejak 2001. Kadar baru yang berlipat ganda tersebut tidak termampu Majlis Belia Selangor yang tiada pendapatan tetap.

Semenjak tampuk pemerintahan diambil alih oleh pihak pakatan, kadar sewa yang melampau telah dinaikkan dengan sewenang-wenangnya dengan dua kali kenaikan bermula pada tahun lepas. Pada tahun 2011, pihak pengurusan Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor telah mengenakan sewa kepada badan NGO ini dengan kadar RM2000 sebulan. Terkini, pada tahun 2012 ini, anak syarikat MBI iaitu MSNS Holdings Sdn Bhd telah menaikkan lagi kadar sewa pejabat Majlis Belia Selangor di tingkat 5 sebanyak RM5000 tidak termasuk caj-caj lain yang boleh menjangkau hingga RM10,000 sebulan.

Ini bukan lagi lintah hisap darah, ini dah boleh dikategorikan sebagai drakula hisap darah. Sekali hisap terus mampus. Kerajaan inikah yang sebelum menang PRU telah menjanjikan kerajaan kebajikan kepada rakyat Selangor? Inikah yang dinamakan 'Hasil Negeri Untuk Rakyat'?

1. Surat dari Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor bertarikh 27/11/2011

2. Surat dari MSNS Holdings Sdn. Bhd. bertarikh 3/1/2012

Semenjak pengurusan Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor telah diambil alih oleh MSNS Holdings Sdn. Bhd. (anak syarikat MBI), berbagai kenaikan harga sewaan telah dinaikkan dengan kadar yang tidak munasabah. Bukan hanya sewa pejabat MBS dinaik tarafkan malah Dewan Raja Muda Musa yang sebelum ini boleh disewa oleh orang ramai dengan kadar RM2000 kini telah meningkat dengan mendadak menjadi RM4000 tidak termasuk kerusi meja dan aksesori dewan yang lainnya. Ini betul-betul mencekik darah rakyat Selangor yang ingin mengadakan majlis perkahwinan di sini.

Noh Omar, Timbalan Pengerusi BN Selangor, menyelar tindakan tidak berhati perut kerajaan pakatan Selangor di bawah kepimpinan Khalid Gagap atas kadar sewaan yang tidak masuk akal. Beliau mendakwa yang kerajaan Selangor melalui MSNS Holdings Sdn Bhd adalah Kerajaan Drakula yang terus menghisap darah rakyat hingga kering. Inikah negeri berkebajikan yang didendangkan sebelum menang pilihanraya lepas? Beginikah nasib NGO belia yang ditindas dibangunan sendiri? Umpama merempat di negara sendiri. Fikirkan.

Jom layan ucapan Noh Omar tentang isu ini...

No comments:

Post a Comment

comment please.....