Konco-konco ku

Wednesday, April 4, 2012

KEBANGKITAN SEMULA SOKONGAN CINA DAN INDIA KEPADA BARISAN NASIONAL


Pengundi bukan Melayu khususnya kaum Cina dan India dilihat bangkit semula menyokong parti kerajaan selepas dikatakan berjauh hati dalam pilihan raya umum yang lepas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chukai, Datuk Mohamed Awang Tera berkata, paling meyakinkan apabila sebahagian besar pengundi kedua-dua kaum tersebut menyatakan sokongan terbuka untuk memastikan BN masih lagi bertahan.

Beliau berkata, sebelum ini, pihaknya melakukan usaha bersungguh-sungguh mengenal pasti kelemahan yang berlaku berikutan pengura ngan undi dalam kalangan kaum Cina terhadap BN pada pilihan raya umum lalu. 

“BN sudah kenal pasti kelemahan antaranya hubu ngan kita dengan rakyat. Kita mendapati kaum India dan Cina merasakan mereka dipinggirkan.

“Sebenarnya, kita tidak pernah bersikap demikian kerana kita selalu menghantar wakil dari MCA dan Parti Gerakan bersama-sama mereka dalam aktiviti dan program tertentu. Barangkali, maklumat itu tidak sampai kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas gerakan pembangkang yang dilihat aktif turun padang di semua kawasan khusus bukan Melayu termasuk di Dewan Undangan Negeri (Dun) Chukai.

Beliau bagaimanapun mengakui berlaku pertambahan sokongan kaum bukan Melayu terhadap pembangkang pada 2008, namun yakin perkara itu tidak akan berlaku di kawasan beliau pada pilihan raya akan datang.

Mengulas lanjut, bagi memastikan keyakinan rakyat kembali kepada BN, pihaknya mengambil tindakan segera dengan turun padang dan menyertai pelbagai program di peringkat kawasan melibatkan kaum-kaum bukan Melayu.

“Di samping wakil, kita sendiri berjumpa dengan mereka dengan mengadakan gotong-royong, membaiki rumah, menghadiri perayaan mereka dan bertanyakan masalah setempat.

“Melalui program sedemikian, kita mendapat maklumat bahawa ada di kalangan mereka memohon tanah tetapi tidak berjaya dan apabila kita kenal pasti, mereka sebenarnya meminta daripada saluran yang salah,” katanya.

Beliau berkata, aktiviti turun padang kerap dilakukan dalam mendekatkan rakyat dengan BN memandangkan kekuatan BN dan Pas di kawasan tersebut tidak jauh beza dan masing-masing mengharapkan undi 16 peratus daripada pengundi bukan Melayu.

“Insya Allah, kebangkitan kembali semula kepada kita dan melalui usaha yang dilakukan saya nampak mereka berasa lebih terjamin di bawah BN,” katanya. - SinarHairan

No comments:

Post a Comment

comment please.....