Konco-konco ku

Sunday, April 1, 2012

MANA MASJID BAYAN MUTIARA??? DAP RASIS!!!



Sudah diperlihatkan dengan jelas di hadapan mata, bagaimana rasis dan chauvinisnya DAP, khasnya Lim Guan Eng dalam memerintah Pulau Pinang.  Begitu juga dengan sifat kuku-besi dan tidak telusnya sehingga suatu ketika dahulu membawa kepada perletakan jawatan Tan Boo Chang, kounselor MPPP yang mewakili PKR, akibat tidak puas hati dengan isu sPICE.  

Kini, satu lagi bukti ketidaktelusan dan sifat kuku-besi Guan Eng terserlah apabila beliau bertindak menjual projek pembangunan Bayan Mutiara kepada pemaju swasta.   Pelan pembangunan asal Bayan Mutiara mengandungi 5 blok kondominium, kawasan komersial, tapak sekolah dan tapak masjid.  

Pembangunan Bayan Mutiara seluas 103 ekar direkabentuk oleh PDC dan perancangannya telah diluluskan pada 2008/2009 dengan menggunakan pakar perunding PDC Properties dan PDC Consultancy.  PDC juga mempunyai anak syarikat pembinaan iaitu PDC Nusabina yang mampu melaksanakan pembangunan ini. 

Namun, entah atas alasan apa dan sebab apa, kesemua perancangan yang bakal memberi manfaat dan keuntungan lumayan kepada PDC dan rakyat ini tiba-tiba dibantutkan oleh Guan Eng apabila beliau menjual projek pembangunan ini kepada Tropicana Ivory Sdn Bhd iaitu syarikat usahasama pemaju Ivory Properties Group Berhad dan Dijaya Corp. Bhd. dengan harga RM1.1billion.  Untuk makluman, Nilai Pembangunan Kasar projek ini ialah RM10 billion.  

Selain itu, perjanjian pembelian ini juga menimbulkan persoalan konflik kepentingan kerana kedua-dua pihak yang terlibat dalam membuat keputusan iaitu Ketua Menteri Inc. (CMI) dan PDC, diketuai oleh Guan Eng sendiri. 

Jika Guan Eng ikhlas ingin membantu rakyat dan menjana pendapatan negeri, tentu beliau tidak akan membuat keputusan sebegini. Jelas, ada sesuatu yang tidak kena dalam pentadbiran Guan Eng dan DAP di Pulau Pinang.  Sekali gus, slogan CAT atau (Cekap, Amanah dan Telus) langsung tidak memberi erti.  

Lebih menyedihkan ialah kelulusan asal projek ini adalah termasuk dengan pembinaan masjid.  Dengan penjualannya, maka tapak masjid tersebut juga dijual bersama.  Lanjutan dari itu, beberapa pemimpin UMNO telah tampil untuk mendesak Lim Guan Eng supaya menjelaskan hal yang sebenar dan mengembalikan tapak masjid berkenaan kepada Majlis Agama Islam negeri.

Sekretariat Selamatkan Tapak Masjid di Bayan Mutiara akan ditubuhkan jika terbukti Kerajaan DAP Pulau Pinang menjual tapak masjid seperti yang terdapat dalam pelan pembangunan asal kepada syarikat pemaju swasta.

Maka satu lagi persoalan timbul, iaitu di manakah pemimpin-pemimpin PAS dalam isu ini?  Tidakkah mereka juga sensitif mengenai penjualan tapak masjid Bayan Mutiara ini?  Tidakkah mereka ingin memperjuangkan Islam sebagaimana yang dilaung-laungkan selama ini?

Yang pastinya, skandal Bayan Mutiara ini bukan sahaja membuktikan ketidaktelusan DAP, tetapi juga membuktikan sifat hipokrasi PAS dalam mempertahankan kedaulatan Islam.  

Selama ini juga PAS tidak pernah mengambil pusing soal pembinaan masjid atau platform dakwah yang kukuh untuk menyebar dan mendaulatkan Islam sama ada dari segi tarikat mahupun syariat.  Buktinya, selama 22 tahun memerimtah Kelantan, hanya satu masjid yang dibina oleh PAS dan selebihnya adalah dibina atas usaha UMNO.   Islam yang diperjuangkan oleh PAS hanyalah dari segi slogan dan pakaian semata-mata. Oleh itu, apalah erti tapak masjid Bayan Mutiara ini bagi PAS.  

Dengan sikap DAP yang rasis, tidak telus dan kuku-besi, serta sikap PAS yang tidak mengambil pusing nasib orang Melayu dan kedudukan agama Islam, kita menjangkakan yang kaum Melayu Pulau Pinang akan terus tertindas di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.  Secara tidak langsung, kaum-kaum lain juga akan terjejas kerana nampaknya kerajaan negeri langsung tidak meletakkan kepentingan negeri dan rakyat dalam membuat keputusan.  

Sebagai rakyat marhaen, kita hanya mampu bertanya mungkinkah ada sesuatu antara Lim Guan Eng dengan Tropicana Ivory Sdn Bhd?  

Tetapi jangan lupa, sebagai rakyat marhaen juga, kita punya kuasa untuk memilih kerajaan yang akan memerintah negeri dan juga negara.

2 comments:

  1. mana pegi ahlul bahlol PAS kat penang dlm kes ni????

    ReplyDelete
  2. dah namanya orang kafir, mana ada istilah 'ikhlas' yg boleh orang Islam ikuti. Malah di'zip'nya segala mulot mulot PAS dgn kukubesi nya. Dengan tidak mengundi DAP dalam PRU13 nanti, akan terbongkar lah segala tipu seleweng DAP (didakwa dan dihukum) manakala terselamatlah orang-orang Islam Pulau Pinang dari penganiayaan DAP ini.

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...