Konco-konco ku

Monday, May 20, 2013

TAHNIAH AZRAN CEO AIR ASIA X KERANA MENGHALAU BANGSA MELAYU SENDIRI DI NEGARA ORANG!!!


Kira-kira  jam 8.45 malam tadi,  mengikut  waktu tempatan di  Vietnam, saya terlihat penumpang pesawat  AK 1455,    warga  Malaysia  dihampiri oleh  kakitangan  lelaki  Air Asia. Penerbangan  pulang ke Kuala Lumpur  dijadualkan  berlepas pada jam  9 malam ( 10 malam waktu  Malaysia ).

Setelah  beberapa minit  berlalu, perlahan  saya  kemudian  mendekati kumpulan penumpang itu  dan  mengajukan soalan.

"Ada masalah apa puan?"

"Kakitangan  Air Asia ini berkata,  anak saya  dilarang  menaiki pesawat  kerana dia  demam campak.   Kami  sekeluarga,  dua belas orang,  datang  ke Ho Chi  Minh  pada hari Rabu lalu.  Kami memang  ada  membawa bekalan ubat demam,  jadi bagi kepada dia kalau dia  demam.  Dia  sudah  tidak demam lagi,"  ujar  ibu bayi,   Izan  Suhaila Mohd Ali,  36 tahun.

"The  mother and the baby had to stay here  for  five days. They cannot  board the aircraft," arah  kakitangan Vietnam Air Asia berdiri di sebelah saya.

Mereka  bimbang sekiranya deman terbabit  menjangkiti penumpang lain.

Menurut ahli  keluarga  Izan, semua  beg pakaian  mereka telah dimasukkan ke dalam pesawat.  Setelah  bercuti  selama empat hari,  kandungan beg  bercampur aduk dan barangan  keperluan  asas Izan dan anaknya,  Maryam  sukar dipisahkan.  

Bayi,  Maryam  Sofea Mohd Reza, berusia 14 bulan.

Lalu saya terangkan keadaan sebenar kepada kakitangan  syarikat  penerbangan  tambang murah itu.

"So, all twelve had to stay  then ,"  balasnya.

"I understand the situation, law is a law but  don't  forget, these are human beings not dogs or cats. If she  were going to stay here for another five days, she and the baby need  cloth to wear.  Please refer this matter  to your superior again before making  further decision," balas saya.

Tidak lama kemudian,  muncul seorang penumpang MELAYU memperkenalkan dirinya  sebagai  pegawai perubatan ( medical doctor )  datang menghampiri dan menyentuh  tubuh Maryam. Baca lagi di SINI.

6 comments:

  1. helllooooooo....
    kpd pmbaca dan pnulis berita nie....
    Chicken pox? of cos la xleh naek kpal...Penulis nie dan org laen mmg la xtaw Law smua airline...
    satu lg, berita nie ape jadah petik name Azran lak....???? ape kna mngena Azran ngn flight AK(air asia)... Die AIR ASIA X la.... kpd JAWA BERNAM, sila tmbhkan lg bahan bacaan anda ye...

    ReplyDelete
  2. yang menghairankan ialah kenapa airasia malaysia boleh benarkan? takkan bayi tu demam di vietnam. sebab chicken pox takkan boleh hilang dalam masa seminggu. adakah follow the book yang tony cakap tu terpakai di vietnam sahaja. mintak tolong AnonymousMay 20, 2013 at 9:21 AM yang bijak pandai ni jelaskan boleh

    ReplyDelete
  3. Bijak pandai? kkekeke..Si 9.21,tong....ong, baca tak habis jerit je lebih, macam kapitan die jugak..

    ReplyDelete
  4. Kalau akak tu tak di benarkan naik kapal,dari Malaysia lagi akak tu dah kena offload...bile akak tu da lepas ke Vietnam,sepatutnye tiada masalah untuk akak tu pulang. Lagi 1,ahli keluarga akak tu termasuk akak tu 12 orang...bile offload akak tu,sepatutnya bagg yang berdaftar atas penama yang di offload perlu lah di offload. Saya pelik,akak tu takde declare bagg atas name die ke? Security reason Annex 17...airlines law, by DCA,IATA,ICAO. Kes ini boleh di siasat dgan terperinci lagi. Silap silap kalau di siasat,banyak yang kantoi nih...hehe...

    ReplyDelete
  5. Aku dh baca habis...xde pun cite ni dikaitkan ngn azran..air asia x lain ngn ak flights. .admin blh tukar tajuk x...mcm org utusan pembohong je

    ReplyDelete

comment please.....