Konco-konco ku

Saturday, October 6, 2012

UiTM BAKAL DIBINA DI SERENDAH SELEPAS TANAH YBK DI'PULANG'KAN KERAJAAN REGIM KHALID!!

Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk meneruskan pembinaan Universiti Teknologi MARA kampus Selangor di Serendah. Ini kerana Kerajaan Negeri Selangor telah 'mengembalikan' semula tanah yang pernah dirampasnya pada tahun 2010 kepada YBK baru-baru ini.

Projek yang sepatutnya bermula tahun 2010 itu terbantut kerana kerakusan Khalid yang ingin menjual tanah milik YBK dengan menggunakan kuasa yang ada ketika ini. Tetapi malang baru-baru ini mahkamah memutuskan supaya memulangkan semula tanah tersebut kepada YBK.

Dalam dialog dengan pemimpin belia dan pelajar di UiTM Shah Alam Khamis lepas, seorang daripada pemimpin belia meminta kerajaan Persekutuan menunaikan janji untuk meneruskan pembinaan UiTM di Serendah.


“Susulan dialog itu, Timbalan Perdana Menteri telah bangkitkan perkara ini dalam Kabinet, dan ia dipersetujui oleh jemaah menteri termasuk Perdana Menteri.

“Persetujuan ini secara prinsipal sahaja. Maklumat terperinci akan diumum oleh kementerian berkaitan,” katanya kepada pemberita selepas bertemu peniaga ikan di Jeti Sungai Yu di sini, semalam, dipetik Bernama.

No comments:

Post a Comment

comment please.....