Konco-konco ku

Wednesday, June 13, 2012

GEMPAR!! NAK BINA SURAU KENA MINTA KEBENARAN KETUA AGAMA KRISTIAN, BUDDHA, HINDU!!!


Kita rasa amat sangsi dan curiga kerana di Selangor hari ini sudah wujud sebuah jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Antara Agama, yang difahamkan di dalamnya semua agama dimasukkan dalam satu Jawatankuasa.

Aktivis masyakat, Hamidzun Khairuddin berkata, beliau sendiri ada pengalaman apabila ingin mendirikan sebuah surau di Taman Aman Perdana, surat permohonan untuk meminta bantuan dari kerajaan negeri telah disalurkan kepada jawatankuasa tersebut.


“Akhirnya kami tidak mendapat sebarang bantuan untuk mendirikan surau di taman Aman Perdana itu dan yang lebih memeranjatkan ialah Pengerusi Jawatankuasa Antara Agama ini ialah seorang EXCO Kerajaan Negeri yang bukan beragama Islam.

Persoalannya ialah mengapa perlu diwujudkan jawatankuasa Antara Agama ini dan apakah akibat serta implikasinya kepada agama Islam sebagai agama rasmi di Selangor dan agama rasmi di peringkat persekutuan?,” ujarnya ketika ditemui di Shah Alam sebentar tadi.

Dalam masa yang sama, dalam hal pembianaan pusat-pusat ibadat agama lain, peruntukan yang diberikan kerajaan negeri sangat mewah dan berlimpah-ruah, berbanding dengan permohonan untuk mendirikan surau dan masjid oleh penduduk Islam di Selangor.

“Mengapa apabila kita ingin mendirikan surau atau masjid, mengapa tidak ada apa-apa bantuan dari kerajaan negeri?. Islam sebagai agama rasmi di Selangor, wajar diberikan peruntukan yang sewajarnya oleh pihak kerajaan negeri dalam mendirikan dan memakmurkan surau dan masjid di Selangor.

Persoalan besar yang harus diketahui rakyat, mengapa agama Islam wajibataupun telah dimasukkan sebagai suatu entiti dalam Jawatankuasa Antara Agama ini. Saya mahu Menteri Besar selaku EXCO Agama Islam jawab persoalan-persoalan seperti ini,” tambahnya lagi.

Dalam masa yang sama, Hamidzun meminta kerajaan negeri mengiktiraf islam sebagai agama Islam di Selangor, kerana beliau melihat sudah ada cubaan untuk menganak-tirikan Islam sebagai agama rasmi di Selangor.

Ini adalah satu tindakan yang sangat tidak wajar yang dilakukan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Exco Agama Islam di negeri Selangor ini. - Sahabat-Gunung

5 comments:

  1. yg undi PKR di slogor sila jawab. kamu sama2 esok masuk lubang biawakk....

    ReplyDelete
  2. Orang2 Selangor dulu sebok nak tukar dan nak rasa kerajaan dibawah pembangkang,nah sekarang cuba2lah rasa dan tukar ugama...

    ReplyDelete
  3. Baguihlah tuuu...cubalah lg, nk sgtkan perubahan. Lepas ni cubalah lg 5 tahun nk tengok apa bakal terjd.
    Islam merempat atau tidak...,Ader KM Melayu pun bodoh patutlah Guntrie tendang ekau jauh2 gagap.

    ReplyDelete
  4. malas nak ngundi dah..undi BN pon jahanam..undi pakatan pon jahanam

    ReplyDelete
  5. Inilah peluang dap untuk menang kerusi... Bila mana anak muda bangsa melayu mula tidak mahu mengundi.. Atas pagar

    ReplyDelete

comment please.....