Konco-konco ku

Friday, May 4, 2012

SIRI 1 JAMAN EDAN ANWAR AL-JUBURI


Anwar Ibrahim yang digelar isterinya sebagai manusia anugerah Tuhan, telah berjaya meletakkan kehidupan rakyat Malaysia dalam kekeliruan, kebingungan dan juga huru-hara selama lebih dua dekad.    

Beliau muncul pada mulanya sebagai pencetus rusuhan pelajar pada tahun 1970an dan semenjak itu telah menjadi tajuk berita di Malaysia sebanyak beratus ribu kali apabila ‘dijemput’ meniti alam politik dan berjaya menjadi orang nombor dua dalam negara.  Kini, walaupun telah dipecat beliau masih lagi menjadi tajuk berita dan masih lagi berusaha mengelirukan, membingungkan dan menghuru-harakan hidup kita semua.  

Maka benarlah, beliau adalah Anugerah Tuhan, bagi membantu mengasak minda bangsa Melayu agar berfikir dan berfikir.  Tanpanya, mungkin ramai lagi Melayu yang terus dibuai mimpi bahawa Malaysia akan selama-lamanya aman dan hidup adalah selama-lamanya mudah.    Dengan wujudnya Anwar Ibrahim, masyarakat Melayu kini membuka mata dengan lebih luas mengenai ancaman kuasa besar dan peringatan Allah S.W.T mengenai kaum Yahudi yang tidak akan senang selagi kita semua tidak mengikut telunjuk mereka.  

Namun begitu, bukan semua Melayu yang mampu membuka minda seluas itu.  Masih ada Melayu yang mindanya kekal bingung, keliru dan huru-hara ‘dikerjakan’ Anwar Ibrahim.   Walaupun Anwar sudah bergelar banduan, sudah terbukti bersalah tetapi masih ramai yang tidak tahu atau enggan mengambil tahu kesalahannya dan hanya ingin mendengar dan mempercayai apa yang baik-baik mengenai dirinya.  

Penulis baru saja ‘merayau-rayau’ di alam siber dan singgah di beberapa laman sosial dan penulis dapati, antara hujah  yang dipegang oleh penyokong-penyokong Anwar ialah beliau tidak bersalah kerana terlepas dari dua kes liwat.  

Jelas, penyokong-penyokong beliau ini telah dengan sengajanya enggan meneliti kes beliau secara terperinci kerana malas, atau kerana minda mereka yang cetek membuatkan mereka sukar atau gagal memahami sesuatu yang agak berat seperti hujah-hujah pendakwaan, pembelaan serta proses penghakiman.  

Kes Anwar bermula dengan pendedahan oleh Ummi Hafilda, iaitu adik Azmin Ali mengenai hubungan sulit isteri Azmin, Shamsidar Taharin dengan Anwar serta penglibatan Anwar dalam aktiviti homoseksual.    Surat layang Ummi Hafilda kepada Tun Dr. Mahathir pada mulanya dipandang sepi kerana dianggap sebagai dilakukan oleh musuh-musuh Anwar untuk menjatuhkan beliau.   

Namun, kisah mengenai Anwar mengamalkan aktiviti homoseksual sampai juga ke telinga Tun Dr. Mahathir melalui beberapa pihak termasuk Ketua Polis, beberapa orang Menteri serta pembangkang sendiri (Mat Sabu) yang mula memainkan isu ini dan sehinggalah ke dalam parlimen (Karpal Singh).

Tun Dr. Mahathir mengarahkan siasatan secara senyap bagi mencari jawapan yang pasti.  Sementara itu, Anwar yang telah menghidu bahaya mengarahkan Dato’ Pengarah Cawangan Khas (PCK) ke kediamannya pada 15 Ogos 1997 dan menyiasat surat layang tersebut.  Pada 17 Ogos 1997, Ummi dan Azizan, iaitu mangsa liwat dalam kes ini telah ditangkap dan dibawa ke Bukit Aman.   

Mengikut fail mahkamah Bilangan LF/T PCK(C) PENANGKAPAN UMMI HAFILDA DAN AZIZAN ABU BAKAR: 

Kedua-dua tajuk telah ditangkap pada malam 17 Ogos 1997 oleh pihak Jabatan Siasatan Jenayah.  Memandangkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim ingin mengetahui perkembangan kes ini, maka Dato’ PCK dan saya telah diminta pergi ke kediaman beliau pada 18 Ogos 1997 di antara jam 0030 hingga jam 0100.  

(2)  Di dalam pertemuan ini, Dato’ Seri Anwar telah dimaklumkan tentang rentetan penangkapan kedua-dua tajuk berkenaan.  Dato’ Seri Anwar kemudiannya telah memberi arahan-arahan berikut:  2.1.  kedua-dua tajuk tidak ditahan lama-lama.

                                          2.2. Mereka hendaklah ditemuduga supaya mereka takut dan menafikan
                                                 tohmahan-tohmahan berkenaan;

                                          2.3  Tidak mahu kes ini dibawa ke mahkamah. 

(Amir bin Junus) A/SAC I

T/PCK II

AJ/MKHI.

Dato’ amir Junus juga menyatakan bahawa beliau merasa pelik kerana Anwar tidak pula meminta mereka mendapatkan kebenaran tetapi sebaliknya mengarahkan mereka mendapatkan penafian dan menegaskan agar kes tersebut tidak sampai ke mahkamah.  

Sebagai menurut perintah, Ummi dan Azizan kedua-duanya ditahan semalaman, ditekan dan dipaksa supaya menandatangani surat menarik balik segala pendedahan mereka dan mengaku sebagai telah memfitnah Anwar.   Akhirnya mereka mengalah.  

Lalu surat penafian mereka dihantar kepada YAB Perdana Menteri dan Anwar menganggap kes tersebut sebagai selesai.    

SAC Musa Hassan, bagaimanapun tidak menganggap kes tersebut selesai.  Beliau yang terlibat dalam kes ini sejak 15 Ogos 1997 dan telah ditugaskan untuk mencari bukti di rumah Ummi dan Azizan telah terjumpa dengan beberapa dokumen lain.  Baginya, selagi kebenaran belum terserlah, kes tersebut tidak boleh dianggap selesai dengan hanya penarikan balik surat layang oleh Ummi dan Azizan.  

Pada 2 September 1997, SAC Musa mengarahkan ASP Zull Aznam untuk memanggil semua saksi untuk tujuan mengambil kenyataan.   Bagaimanapun, ASP Zull Aznam menelefonnya kembali dan memberitahu bahawa Anwar ingin berjumpa dengannya.  

Dalam pertemuan tersebut, Anwar mengarahkan agar siasatan dihentikan kerana menurutnya, YAB Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan bahawa tuduhan dalam surat layang tersebut adalah fitnah dan kes tersebut dikira selesai.   

Bagaimanapun, SAC Musa telah pun menghantar kertas siasatan kepada Peguam Negara dan ketika disoal balas mengenai hal ini di dalam perbicaraan, SAC Musa menjawab, “…saya tidak setuju bahawa tertuduh tidak mengarahkan saya untuk tidak menghantar kertas siasatan kepada Peguam Negara.” dan “Lima dokumen yang saya terima telah mempengaruhi saya untuk mencadangkan siasatan di dalam kes ini di NFA.  Saya bersetuju selepas meneliti kelima-lima dokumen yang saya terima, saya telah mengesyorkan siasatan dalam kes ini di NFA.  Saya juga telah kemudiannya mengesyorkan kepada Peguam Negara untuk siasatan kes ini di NFA.  Peguam Negara telah bersetuju di atas cadangan saya untuk NFA kes ini.” 

Bagi persoalan sama ada Anwar telah menyalahguna kuasanya ke atas pihak polis untuk 1.  mendapatkan pengakuan bertulis dari Azizan bagi menafikan tuduhan yang dibuat dalam surat layang oleh Ummi Hafilda, 2.  mendapatkan kenyataan umum bertulis dari Azizan bagi menafikan tuduhan yang dibuat dalam surat layang oleh Ummi Hafilda, 3. mendapatkan pengakuan bertulis dari Ummi Hafilda bagi menafikan tuduhan yang dibuat dalam surat layang yang dibuatnya dan 4.  mendapatkan kenyataan umum bertulis dari Ummi Hafilda bagi menafikan tuduhan yang dibuat dalam surat layang yang dibuatnya. Yang Arif Augustine Paul telah memutuskan seperti berikut:  

“Saya dengan ini berpuas hati bahawa pihak pendakwa mempunyai prima facie yang menunjukkan bahawa tertuduh, semasa memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, mempunyai kapasiti untuk melakukan korupsi dalam keempat-empat dakwaan yang dikenakan terhadapnya menurut s 2(I) dari Ordinan No. 22.”

(Bersambung) 

2 comments:

  1. 1Malaysia semua...

    Daripada anda semua blog 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

    Kalau takut dan tidak yakin, boleh lah cuba invest sikit sikit. RM 2300, boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

    Kalau berminat, sila layari :

    (Versi English)
    http://ReadandDecide.blogspot.com/2011/10/uinvest.html


    (Versi Melayu)
    http://PelaburanHartanah.blog.com


    ( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


    Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

    Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

    ReplyDelete
  2. rakyat malaysia terutama nya bangsa melayu lebih suka kepada perkara yang sensasi,tidak gemar kepada perkara yang benar sungguh malang bangsa ku! kebenaran perihal kepincangan peribadi anwar ibrahim tidak diambil kesah malah pembohongan beliau lebih menarik minat masyaallah!

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...