Konco-konco ku

Monday, April 2, 2012

PAKATAN SELANGOR GAGAL! NEGERI BERKEBAJIKAN KEPADA KRONI MASING-MASING!


TANJONG KARANG: Umno Selangor menyifatkan Pakatan Pembangkang yang memerintah Selangor tidak mempamerkan kesungguhan mereka untuk memberi perkhidmatan dan kemudahan terbaik untuk rakyat sebuah negeri maju seperti Selangor.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar, berkata Sebelum 2008 Barisan Nasional menjalankan dasar membela rakyat sewaktu memerintah tetapi apabila Pakatan Pembangkang memerintah mereka lebih cenderung kepada berpolitik daripada menumpukan kepada soal perkhidmatan atau pembangunan.

"Ini termasuk dalam isu pengurusan sisa pepejal dan pelantikan ahli-ahli majlis di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)," katanya selepas menyertai kayuhan basikal bersama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, di sini, hari ini.

Ia diadakan sempena Karnival Mesra Belia 1Malaysia Parlimen Tanjong Karang.
   
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata, antara musibah diterima rakyat Selangor sempena empat tahun Pakatan Pembangkang memerintah ialah banjir kilat yang melanda Ampang dan Hulu Langat awal bulan ini dan Jumaat lepas di bandar Klang.

"Salah satu sebab saya percaya longkang dan sistem pengairan tidak diselenggara dengan baik. Sistem (pungutan) sampah kita dah buat elok dah, tapi nak buat cara sendiri sanggup beli lori 50 buah guna duit rakyat balik," katanya. - AntaraPos

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...