Konco-konco ku

Wednesday, April 11, 2012

ISTERI PEMIMPIN CINA DITUDUH MEMBUNUH WARGA UK??


Isteri pemimpin kontroversi China dan seorang pembantu keluarga itu ditahan berhubung kematian seorang ahli perniagaan Britain berusia 41 tahun November lalu.

Laporan China Central Television dipetik CNN berkata, kematian Neil Heywood, seorang rakan Bo Xilai, ketua Parti Komunis di kawasan Chongqing, yang telah disingkirkan, kini dianggap sebagai satu kes bunuh.


Isteri Bo, Bo-Gu Kailai dan pembantu keluarganya, Zhang Xiaojun ditahan bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, Bo telah dilucutkan keanggotaan beliau dalam Jawatankuasa Pusat dan Politik Parti Komunis atas alasan yang tidak dinyatakan dengan khusus tetapi didakwa telah melakukan pelanggaran parti yang serius.Bo pada satu masa lalu pernah dilihat sebagai bintang yang menyerlah dalam dunia politik China.

Beliau telah dipecat sebagai Ketua Parti Komunis di Chongqing, bandar terbesar di barat daya China bulan lalu ekoran skandal memlibatkan seorang timbalannya.

Agensi berita China, Xinhua berkata, Bo-Gu dan anak pasangan itu mempunyai hubungan yang baik dengan Heywood, yang ditemui mati di bilik hotelnya pada usia 41 tahun November lalu.

"Bagaimanapun mereka berhadapan dengan konflik berkenaan kepentingan ekonomi," kata Xinhua.

Kedua-dua Bo-Gu dan Zhang telah diserahkan kepada pihak berkuasa kehakiman, kata agensi berita itu. - SinarHairan

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...